Sabtu, 22 November 2008

bukan saya yang mati duluan

Tags

Suasana sayu menyelubungi majlis penyerahan cek kepada bapa mendiang Poulinus Sansih di Pangkalan TLDM Wilayah Laut Dua di Teluk Sepanggar, pagi kelmarin.

"Kenapa dia yang mati dulu, kenapa bukan saya," kata Midah Mathew, 51, mengenang anaknya. Poulinus merupakan Lasykar Kelas Satu di KD Sri Kelang, meninggal ketika dalam perjalanan ke Lumut untuk menghadiri kursus. Mendiang Poulinus, kata sahabatnya, Ali, merupakan seorang anggota yang aktif dan rajin. Bahkan kami sering bermain bola bersama. Beliau seorang yang tidak pernah menolak kerja.

"Dia banyak bantu kami sekeluarga. Saya sudah tua, dialah yang bantu saya.Bukan saya yang duluan mati, dia pula yang duluan," katanya lagi.

Panglima TLDM sempat menenangkannya bahawa ajal dan maut itu ketentuan takdir. Tidak siapa yang boleh menghalangnya. Beliau menceritakan mengenai tiga pegawai TLDM dari Sandakan yang menghadiri temuduga di KK, menemui kemalangan ketika dalam perjalanan.

Tiba-tiba dalam perjalanan itu, dahan pokok patah dan mengenai salah seorang daripada mereka.lalu meninggal. Ini menunjukkan bahawa ajal merupakan sesuatu yang tidak diduga. "Kita yang sihat inipun, entah esok, entah lusa akan mati juga," katanya.

Mendiang Poulinus,26 berasal dari Kampung Olui Makakagas Tenom, meninggal kerana sakit jantung. Beliau meninggalkan seorang isteri, Jalina Basini, 23 dan seorang anak yang masih kecil, Alvin George yang baru berusia dua tahun. Kanak-kanak itu nampak girang, tidak mengerti kesedihan orang tuanya, tidak mengetahui bahawa ayahnya sudah tiada.

Kami yang menyaksikannya rasa terharu