Khamis, 26 Februari 2009

26 Februari

Tags

26 Februari, kata orang life begin at forty.

6 comments

Selamat Menyambut Ulang Tahun ke Empat Puluh.

Semoga sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga tercinta.

usia
tidak menjadi angka yang dikata
makna senja yang biasa memberi baunya
atau ranum yang belum tiba di puncak rahsia
tiba di kamar jelita
menanti sayap-sayap memulakan
gerak geraknya

Terima kasih. Saya terharu. Lebih mengharukan lagi apabila isteri dan anak-anak mengucapkan happy birthday dan bernyanyi melalui handphone kerana ketika ini saya bertugas di KK.Sebenarnya inilah tarikh hari lahir yang sebenar walaupun di Mykad tercatat 16 Mac. Ceritanya waktu membuat kad pengenalan dulu, surat lahir tersalah simpan.Ia hanya ditemui beberapa bulan selepas itu. Hari ulang tahun rasmi, memang tercatat 16 Mac.Yang sebenar 26 Februari.Terima kasih aranam, terima kasih Willie, juga terima kasih HA yang mencipta sajak yang cantik, "menanti sayap-sayap memulakan gerak-geraknya" saya suka ungkapan itu.Terima kasih

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan abdnaddin
Allah selamatkan kamu

semoga panjang umur dan murah rezeki

Terima kasih kelebar malam.Nanti kita berhubung jika saya ke Kuching nanti. tk