Jumaat, 6 Februari 2009

Pernahkah anda menghalau pipit?

Tags





























Barangkali, sahabat yang berada di Tashkent, atau di Kuala Lumpur , rindukan pemandangan sawah sebegini. Inilah lanskap negeri yang kita cintai ini. Masih ingat bau padi ketika dipetik dari tangkainya.
Dalam perjalanan balik ke KK baru-baru ini, saya sempat merakamkan beberapa gambar sawah. Bahkan dengan ditemani sepupu, Daud Umbul, kami sempat meniti permatang di Tuaran semata-mata untuk mengambil gambar sawah padi.
Pernahkah anda menghalau pipit? Saya dulu pernah. Sering saya merindukan suasana ketika berada di pondok di tengah sawah sambil menarik tali talinting untuk menggoyang apai-apai (orang-orangan) untuk menghalau pipit.
Pipit terbang. Sawah di kampung kami kini terbiar. Kekeringan kerana kehausan.Tapi air tak ada. Sampai sekarang petani tak dapat menanam padi walaupun dahulunya kampung kami terkenal kerana sawah padinya.
Mujurlah kami masih dapat menanak nasi. Bukan dari padi yang kami tanam, melainkan padi yang ditanam oleh rakan-rakan kami petani siam dan Vietnam.






2 comments

Menghalau pipit di bendang sawah tidak pernah. Waktu kecil dulu memang ada keinginan berlari-lari di batas sawah, tapi bila emak cerita pasal lintah...risaulah pula. Sekadar pernah mengharungi paya bakau semata-mata mahu mencari siput.

Menghalau pipit? trauma rasanya tapi indah juga bila dikenang. Sampai kebas tapak tangan menarik tali telinting. Dek kerana terlalu bosan, saya dan adik beradik pernah request untuk dibelikan "hailer" agar kami boleh menyergah burung2 kecil yang degil itu dengan lebih effektif.