Alangkah gembiranya saya bila terjumpa aziah dan suaminya, roslan, sewaktu minum kelapa muda di pasar malam. Saya tengah tunggu Rashid waktu itu. Aziah sudah punya anak tiga, yang sulung tahun tiga. Darinya saya mendapat khabar tentang Ann, masih di SK Sri Gaya. Dah empat anaknya. Juga Intan masih kerja di Hospital, lima sudah anaknya.Juga Liza, dah dua anaknya. Saya pula juga sudah anak tiga.Yang sulung, perempuan Sitti Mehran , sudah tahun tiga.Yang kedua, fawzan sudah tiga tahun usianya manakala yang ketiga, farhan baru satu tahun lebih.
Saya kenal adik-adik ini sewaktu mereka masih remaja.Kebetulan mereka adalah pembaca puisi yang baik malah Ann pernah mewakili Sabah di peringkat kebangsaan.Aziah juga pernah menang.
Saya kira puluhan tahun sudah kami tidak berjumpa. Lama juga saya kira tidak mendengar khabar mereka.
Pertemuan yang tidak disangka itu, amat menggembirakan. Alhamdulillah. Betapa manisnya persaudaraan dan persahabatan.
Selasa, 26 Mei 2009
di warung kelapa muda
✔
abd naddin
Diterbitkan 9:42 PTG
Tags
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 comments
Salam.
Tidak lama lagi, saya pula menyusul... :)
abg.nad,
betul..pertemuan semula yang berpuluh tahun amat membahagiakan!! tahniah..moga persahabatan kekal sampai selamanya :-)
Sebenarnya,Saya sangat teruja untuk bertemu aranam.Bahawa ada orang yang masih mengenali saya nun jauh di sana, di tengah benua asia juga membuat saya tidak sabar-sabar untuk bertemu aranam, kerana selama ini saya asyik menerka-nerka gerangan siapa aranam.
Pertemuan dengan Pena alam, satu petang di ibu kota juga amat menggembirakan. Barulah terasa betapa manisnya keikhlasan dan istimewanya ikatan persahabatan dan persaudaraan.