"Apa yang sulit bagi seorang doktor, adalah mudah bagi seekor nyamuk.Nyamuk mengetahui secara pasti dimana letak pembuluh darah kapiler.Sebelum ia menusuk dengan jarumnya, terlebih dahulu kan mengeluarkan suara yang tinggi, dan ketika mendengar suaranya, tubuhmu akan menggigil ketakutan, mereka mengetahui ini bererti ciptaan Tuhan yang jahat akan datang.Ketakutan ini membuat kulitmu menjadi cair seperti lilin, membuat lunak dan tipis.Kemudian jarum nyamuk tersebut yang berbentuk kecil masuk ke dalam permukaan kulit yang lunak dan menghisap darahmu.Ini sangatlah mudah seperti memasukkan jari ke dalam air.".
Saya sempat singgah di kedai buku pakcik Abdullah di Pasar Gantung Tawau dan membeli buku karya seorang pengarang sufi, M Rahim Bawa Muhaiyadden bertajuk kebun Ma'Rifat.
Katanya, apa yang sukar dilakukan oleh seorang doktor, dengan mudah boleh dilakukan oleh makhluk sekecil nyamuk.
Isnin, 11 Mei 2009
Mudah bagi seekor nyamuk
✔
abd naddin
Diterbitkan 10:49 PG
Tags
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 comments
abg. naddin..
salam.
kesian juga jadi nyamuk, sebab walaupun dia baru hint-hint ingin mendarat di kulit, kita suda berapi-api memgejarnya ke sana sini untuk menepuknya sekuat hati. kdg2 tepuk mereka sampai jadi 'lempeng'. rasanya kalau roh-roh nyamuk bercakap sesama mereka, pasti yang dibincangkan macam mana mereka dibunuh, lalu mengasihani cara kematian masing2..hehehe...
wah, menarik sekali perbandingan antara nyamuk dgn doktor ni, sdr nadin :)
Kerana itulah ada ungkapan "small is beautiful"
ITULAH TANDA KEKUASAAN TUHAN...HARAP MENJADI RENUNGAN BERSAMA..
kumpullah semua saintis genius seluruh dunia dan berilah mereka berbilion ringgit wang dan minta mereka buat seekor nyamuk...sampai mampus mereka tidak boleh buat mahluk yang sekecil nyamuk. Maha besar Allah SWT yang mencipta segala-galanya.
tapi kalau nyamuk politik banyak di kedai goreng pisang kak tini..