Rabu, 8 Julai 2009

DBP SABAH CUBA JEJAKI PENULIS SABAH

Tags

DBP SABAH CUBA JEJAKI PENULIS SABAH

KOTA KINABALU: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah kini sedang berusaha menjejaki para penulis Sabah yang bergiat dalam penulisan kreatif gene puisi, cerpen, novel dan esei kritikan dari tahun 1960-an hingga kini.
Pengarah DBP Cawangan Sabah, Zubaidi Abas memberitahu bahawa pihaknya akan menerbitkan Buku Biodata Penulis Sabah edisi kedua tidak lama lagi.
Beliau memohon kerjasama penulis lama dan baharu agar dapat menghantar biodata mereka kepada Urus Setia, Pengumpulan Biodata Penulis Sabah, DBP Cawangan Sabah, Beg Berkunci 149,88999 Kota Kinabalu atau menghubungi talian 088-439314,439315, Faks 088-439732,088-439318 atau emel: japar@dbp.gov.my
Sebanyak 327 penulis penting telah berhasil dikenal pasti oleh DBP Cawangan Sabah. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat ramai lagi penulis di negeri ini yang tidak tersenarai tetapi telah menyumbangkan karya di surat khabar, majalah dan lain-lain.
Oleh itu, DBP Cawangan Sabah sangat berharap agar para penulis dapat menghantar biodata mereka dan dua keping gambar pada atau sebelum 13 Julai 2009 untuk dimuatkan dalam Buku Biodata Penulis Sabah pada tahun ini.
Sebilangan penulis menggunakan nama pena, dan hal ini menyukarkan DBP Cawangan Sabah untuk mengesan mereka.
Bagi penulis yang telah meninggal dunia, maklumat daripada keluarga, anak-anak dan rakan penulis yang lain amat membantu melengkapkan buku biodata penulis itu kelak. Penulis-penulis baharu juga dialu-alukan berbuat demikian.

8 comments

penulis rencana dan buku politik tidak termasuk kah?

SALAM,

Betul juga lah, penulis tegar macam saudara musli ini boleh di rekomen tak?

Apapun cadangan ikhlas dari saya, saudara musli kena menghantar biodata kepada DBP sebagai terima kasih kepada sumbangan saudara selama ini..

Mungkin saudara abdnaddin terlupa bahawa saudara kita ini telah bergiat selama 20 tahun dalam bidang penulisan dan telah berjaya menghasilkan 8 buah buku genre politik...harap saudara abdnaddin dapat memberikan ulasan sedikit..

Saya mencadangkan nama Saudara musli....sebagai tanda penghargaan kita kepada beliau..

Saya fikir patut juga penulis buku-apapun genrenya, patut dimasukkan dalam biografi penulis sabah itu.

Tahniah atas usaha ini walaupun agar terlambat namun ada usaha dan keinginan untuk menjejaki apa lagi kami yang agar jauh tertinggal ke belakang dalam perkembangan kessusteraan di Sabah..menunggu di jejaki ni

Sesiapa boleh berkarya dengan semangat yang ada.Jangan lupa dengan gerimis yang membasahi bumi walaupun sesaat namun cukup untuk semalu kenal akan titisan gerimis.

Saya ingin bersama bersastera merasakan,memberikan apa yang pernah tersejarah dalam kehidupan ini.

Sastera adalah jalan yang telah terbentang.Akan dipelajari dengan ketabahan dan mengenal permata dalam butiran pasir.