Setakat ini, saya belum menjumpai padanan kata `tong sampah' dalam bahasa Iranun. Saya kurang pasti bagaimana orang Dusun atau orang Kadazan menyebut `tong sampah' dalam bahasa mereka. Orang Bajaupun saya kira tidak mempunyai kosakata `tong sampah' dalam bahasa mereka.
Persoalan ini tiba-tiba saja muncul ketika kami sarapan di Mimpian Jadi.Tiba-tiba terfikir apakah orang Iranun tidak mempunyai tong sampah dalam budaya mereka. Bagaimana orang Iranun mengurus sampah mereka? Dalam bahasa Iranun, sampah bolehlah diertikan sebagai puput. Payupas ialah sapu. payupas angka a puput anan, ertinya tolong sapu sampah itu.
Biasanya masyarakat Iranun dahulu menyapu sampah kemudian terus membakarnya di tempat membakar sampah. Membakar sampah dalam bahasa Iranun boleh disebut sebagai buntu atau nimbuntu.
Saya bertanya kepada Julkhan mengenai tong sampah dalam bahasa Iranun? Rakan penyelidik saya ini menyatakan bahawa dalam Iranun tiada tong sampah.Mabul pula menyebut satu ungkapan mengenai golongan yang `mapuru' i puntu', madu' i tagawalai''. Ungkapan madu i tagawalai boleh menunjukkan orang itu tidak membersihkan kawasan rumah mereka hingga terdapat bau busuk di bawah rumah mereka.Itu hanya pengertian harfiahnya.Saya yakin ia ungkapan itu membawa banyak makna.
Tetapi dalam masyarakat kita sekarang, ada orang yang membuang sampah bukan dalam tong sampah yang disediakan. Tapi ada juga tong sampah yang tidak dikutip sampah di dalamnya sehingga berhari-hari. Ada pula orang yang hanya pandai membuang sampah tetapi tidak pandai menguruskan sampah mereka.Demikian hari ini, tiba-tiba terfikir mengenai tong sampah.
Isnin, 6 Julai 2009
Mencari padanan kata tong sampah dalam bahasa kita
✔
abd naddin
Diterbitkan 3:51 PTG
Tags
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 comments
salam ziarah.
Kena "taggui sa puput" kah bus...??
Inilah keunikan bahasa didunia, bukanya semua perkataan itu boleh di translate dlm bahasa lain. Mungkin seakan-akan dengan maksudnya bole lah...
apapun generasi muda sekarang semakin melupai akan bahasa kita. Ramai anak Iranun tidak fasih berbahasa iranun tetapi lebih kepada bahasa melayu atau pun inggeris.
tak tahulah nak salahkan siapa....?
Salam,
Benar, bahasa ibunda semakin hilang terutama bila berlaku perkahwinan di luar suku kaum kita sendiri.
Kami dari kaum Sulug juga turut menghadapi masalah sama. Untuk kembalikan dan melestarikan penggunaan bahasa ibunda, perlunya di agendakan dalam persatuan.
Sulug punya satu pilihan, iaitu cari sekolah yang dekat dengan nenek mereka di kampung. Ulang alik ke sekolah dan rumah nenek. Dalam 3 bulan boleh bertutur bahasa Sulug atau iranun...
Ling Sama - tung segik