Sampai sekarang saya masih menganggap Haji Ismaily Bongsu sebagai antara deklamator puisi yang terbaik di negeri ini. Mantan Pengelola Kebudayaan Negeri ini adalah seniman yang vokal, baik melalui puisi-puisi yang dibacakannya, cerpen-cerpen yang digarapnya malah melalui rencana yang ditulisnya. Karyanya selalu penuh kontroversi dan selalu membuka cakerawala pemikiran kita. Ismaily pernah menuntut di YS-ITM (kini UiTM) dan pernah melanjutkan pelajaran di Jakarta, dan pernah membacakan puisi-puisinya di Taman Ismail Marzuki (TIM). Ismaily merupakan tokoh yang tidak asing lagi tetapi peranannya dan sumbangan terhadap aktiviti pengembangan sastera dan seni tidak boleh dinafikan lagi. Gaya baca puisinya menjadi ikutan dan
Khamis, 13 Ogos 2009
Bertanya khabar Haji Ismaily
✔
abd naddin
Diterbitkan 8:00 PTG
Tags
Haji Ismaily merupakan seorang ikon dalam sastera kita. Sayangnya setelah memilih untuk berkecimpung dalam dunia politik, kegiatannya sebagai seniman agak terhalang oleh kesibukan.
Lama tidak bertemu beliau. Lama tidak bertemu. Agaknya apa karya terbaru yang sedang dihasilkannya?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments
yah..kemana sudah sahabat ini menghilang
benar,lama tak bersua dengannya.kali terakhir berjumpa dengan beliau ialah pada 2 tahun yang lalu.sempat lagi beliau belanjakan saya makan rojak