Ahad, 9 Ogos 2009

Di Bengkel Kraftangan Hajah Pandian

Tags

Khamis itu, 6 Ogos kami sempat berkunjung ke bengel kraftangan Hajah Pandian Haji Sulaiman di Kampung Rampayan Laut. Ibu-ibu yang cekal sedang asyik menenun kain. Kelihatan dalam gambar Puan Masinuka Uding dan Puan Itekan Lumundaya, sedang asyik menenun kain siambitan. Sesungguhnya saya berasa amat kagum dengan kesabaran dan ketelitian mereka menenun kain. Seni tenunan yang diwarisi turun temurun itu menjadi kebanggaan wanita dari sukubangsa Iranun, yang mendiami Kota Belud sejak berkurun-kurun yang lalu. Masyarakat Iranun yang membuatnya, orang lain yang memakainya. Inilah antara bukti kekuatan jalinan antara masyarakat di Kota Belud.