Kami terhibur ketika dia menyanyikan lagu-lagu Ebiet G.Ade. Ketika di bandung selepas membeli belah di kebun kalapa, kami makan di restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan. Walaupun sudah lama berlalu, foto februari tahun lalu, gambar ini saya terjumpa ketika mengemas fail. Kelihatan pelukis dan penyair, seniman Nandra Hitong atau nama penanya Nandrayanatirow bergambar dengan penyanyi ini sebaik-baik beliau selesai menyanyikan lagu semalam di malaysia. semalam di malaysia sekarang mungkin berlainan di kalangan segelintir orang di sana.segelintir orang yang entah kenapa bisa marah tanpa usul periksa.
Ahad, 13 September 2009
Kenangan berama pengamen di Bandung
✔
abd naddin
Diterbitkan 8:38 PTG
Tags
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments
Din,
Begitulah bah resam dunia. Orang yang telah berbudi kadang-kadang dilupai. Beratus ribu jumlahnya rakyat Indon berada dinegera kita yang kita layan dengan baik dan seadanya.
Akan tetapi, hal kecil menimbulkan kemarahan mereka yang tidak setimpal dengan budi dan layanan kita.
Namun. biarlah Allah jua yang mengadili di antara kita sesama hambanya.
Salam siber,
Pa'Min
Pa' Min, ramai juga rakan kenalan di Indonesia yang menyedari bahawa ada agenda pihak ketiga untuk memecahbelahkan keharmonian hubungan antara Indonesia dan Malaysia.
Gembar gembur media yang keterlaluan, kebencian yang diwar-warkan, ternyata tidak bisa meredam rasionaliti dan hubungan mesra antara dua bangsa serumpun ini. Jangan kita terpancing emosi, begitu kata saya, dan pesan mereka juga kepada saya.Terima kasih atas respon.