Rabu, 23 September 2009

Setelah berlayar dari Toulun, scorpene tiba di Sepanggar

Tags


Sebenarnya saya agak teruja juga untuk bergambar berlatar belakang kapal selam kerana selama ini hanya melihatnya di kaca tv. Inilah kapal selam SCORPENE TLDM pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman yang berlayar pulang sejauh 8,537 batu nautika selama 54 hari dari Toulon Perancis kemudian singgah di lima pelabuhan iaitu Terusan Suez, Jeddah, Djibouti, Cochin India, Pelabuhan Klang.KD Tunku Abd rahman kemudian singgah di Lumut dan akhirnya tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu Sabah selepas belayar selama tujuh hari. Kami, para wartawan, diberi peluang untuk melawat dan memasuki perut kapal selam itu. Panglima TLDM sendiri yang memberi izin khas itu dan kami sangat berterima kasih. Banyak pengalaman baru yang diperolehi tetapi yang menarik ialah anak-anak kapalnya yang hebat-hebat itu mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat kepada negara. Bagaimanapun, tidak banyak yang boleh ditulis tetapi mungkin menarik untuk diketahui bahawa anak-anak kapal hanya makan makanan yang rebus sepanjang pelayaran itu. Tidak dibenarkan makanan goreng. Bagaimana rasanya berada di kedalaman laut, alangkah hebatnya mereka.