Jam menunjukkan 6.02 minit petang ketika saya melompat masuk ke Kereta Toyota Innova yang dipandu Manan. Kami harus sampai ke Kudat jam 8.30 malam kerana yusri? sedang ditunggu bosnya untuk memandu lori ikan untuk dihantar di KK.
Kereta meluncur laju walaupun jalan pada mulanya trafik jam dan ramai pula yang marah kerana manan memasang lampu tinggi kerana rosak.Syukurlah, lampu kereta itu baik secara tiba-tiba selepas kami dimakimaki oleh seorang pemandu yang marah.Akhirnya lampu kereta berfungsi seperti biasa.
Sepanjang perjalanan kami tidaklah terasa jauh jaraknya perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat kerana banyak topik yang menjadi tajuk perbualan kami.
Tidak terasa jauhnya.
Jam 8.33 minit malam kami sudah sampai di jambatan berdekatan pengkalan feri. Selepas mengambil Jair, kami ke Restoran Rakyat.Saudara Matrudin sudah menunggu disitu.Kami lama tidak berjumpa.Paling akhir di Pulau Banggi ketika JASA, ketika itu dipimpin Jamal Sulai mengadakan program di pulau itu.
Saudara Matrudin, yang kini bertugas di Kementerian Belia dan Sukan, kalau tak silap saya, merupakan seorang yang baik.Hampir sebelas tahun bertugas di pejabat Daerah Kecil Banggi sebelum ditukarkan ke Kudat. Tidak lama kemudian abang saya, Japdin tiba dan rupanya mereka kawan lama. Saya tak menyangka, mungkin Matrudin juga.
Perbualan kami berkisar mengenai program-program belia yang harus dihighlight supaya generasi muda akan kesedaran cintakan negara. Mengenai kepimpinan Datuk Seri Najib dan konsep 1 Malaysia, mengenai kepimpinan yang perlu berubah sikapnya,mengeania wacana wacana Dr Asri, mengenai permintaan bonus yang ditolak Perdana Menteri dan menyifatkan permintaan itu seabagai tidak bermoral, walaupun saya berpendapat PM dapat memilih ungkapan bahasa yang lebih halus dan sopan supaya kakitangan awam tidak kecil hatinya. Pernyataan Datuk Najib memang betul tetapi seperti kata orang Iranun kurang `irmas'nya yakni kurang budi bahasanya.Kami berbual panjang mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi bagi memastikan negara tidak berada dalam keadaan `gagut' atau kacau bilau.
Jika negara `gagut' kerana dipenuhi penjaja penjaja kebencian sudah tentu kestabilan dan kesejahteraan negara akan tergugat.
2. Saya berada di Kudat sebenarnya lebih kepada memenuhi jemputan kakak ipar saya, mama awin yang menjemput saya untuk membuat liputan program SK St Peter yang diadakan di Dewan Tun Mustapha.Meskipun agak sibuk di kk, saya memastikan dapat memenuhi jemputan itu apatahlagi mereka bedrharap sangat saya datang.
3. Brother Razak menghubungi saya untuk menanyakan harga iklan tahniah di surat khabar. Satu perempat muka iklan di utusan borneo ialah kira-kira 567. kalau separuh muka 1134 manakala satu muka 2268.
4. Khabarnya saudara Almudin Kaida menang jawatan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) setelah mengetepikan penyandangnya Datuk Pengiran AK Aliudin dengan kelebihan hanya 10 undi. Kemenangan Almudin itu dengan sendirinya mencatat sejarah bagi dirinya apabila terpilih sebagai Timbalan Presiden sekalipun tewas jawatan ketua pemuda dalam pemilihan yang lalu. Kemampuannya memenangi jawatan Timbalan Presiden PBS kouta Muslim itu menyempurnakan misinya yang dianggap do or die kerana jika kalah kerjaya politiknya akan berakhir. Akhirnya beliau berjaya memenangi jawatan dalam satu pertandingan yang dianggap sengit itu.
5.Hujan masih turun dengan lebat sejak tengah malam tadi. Saya berada di Kudat.Entah kenapa tiba-tiba saya seolah-olah terdengar gesekan biola Tun. Saya ingin mencatat sesuatu, seperti puisi untuknya, kerana perjuangannya dan jasa baktinya.
6. Tapi hari sudah jauh malam. Saya larut dalam kesenyapan. kesenyapan yang bergema dalam hati.
Jam 1.43 pagi
SMK Abdul Rahim Kudat

4 comments
Salam Sdra Naddin,
Ini adalah pertama kali saya membuka blog Sdra, nampaknya org yang saya cari selama ini telah saya jumpai namanya seperti yang Sdra catatkan dlm penulisan Sdra iaitu Abang sdra Japdin, apa kabar beliau sekarang sudah 40 tahun saya mencari beliau, kami berpisah kerana desakan perkhidmatan ketika itu..Alhamdulillah akhirnya saya temui rakan seperjuangan saya..ini no hp saya 0168443115 @ 0198707961, tlg hubungi beliau dan sampaikan salam sayang dgn nya..wassallam
kunjungi godspot99@blogspot.com tolong komen dan sebarkan.
baik untuk semua .....
saudara yang hebat tentang penulisan, saya mengikuti tulisan anda.
layari
godspot99.blogspot.com/
dan tolong komen. salam.....
saudara rojokobog, sayang sekali kerana nombor-nombor yang diberikan itu tidak dapat dihubungi. tk