Dua kali ditawarkan untuk bertanding pilihanraya, dua kali itulah beliau menolak. Dua kali ditawarkan untuk diberi bintang yang membawa gelaran datuk, dua kali itu juga beliau menolak.
Ada apa gerangan?
"Saya tak mahu menonjolkan diri," katanya. "Cukup setakat saya menjadi cikgu saja," katanya merendah diri. Tetapi hidup di bawah tekanan penjajah tidak membuatkan ia takut, malah pernah di buang daerah ke Tawau semata-mata kerana bergiat dalam politik.
Beliau ialah Cikgu Sabli Mohidin, Setiausaha Agung Pertama, USNO atau Parti Kebangsaan Sabah Bersatu yang dipimpin oleh Almarhum Tun Datu Mustapha Datu Harun. Beliau menjadi Setiausaha Agung USNO selama sembilan bulan hingga Disember 1961.
Cikgu Sabli menilai tindakan yang diambil oleh Datuk Chong Kah Kiat ketika menjadi Ketua Menteri dengan menamakan Bangunan Yayasan Sabah sebagai Menara Tun Mustapha merupakan satu tindakan terpuji. Begitu juga apa yang dilakukan oleh Datuk Yong Teck Lee ketika menjadi Ketua Menteri iaitu memulihara Makam Tun Mustapha di Kampung Ketiau Putatan.
"Saya tabik mereka," katanya. Semua ini tidak berani dilakukan oleh ketua ketua menteri kita yang lain.
Bercakap mengenai USNO, Cikgu Sabli tetapkan cintakan USNO. Ketika ramai orang menaiki kapal besar untuk pelayaran yang jauh, ada penumpang yang sengaja ditinggalkan. Ada yang dihumban ke laut ketika dalam perjalanan dan sebagainya.
Katanya, kita harus kembali kepada perjuangan kita yang asal.
Saya sengaja mengambil gambar orang tua ini. Saya sudah lama berhasrat untuk menembualnya tapi tak kesampaian sehinggalah kami bertemu di luar Perhimpunan Agung USIA kali ke -23.
Saya memanggil Rashid, wartawan Utusan untuk memperkenalkannya kepada Cikgu Sabli. Kami tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar bersamanya.
Kami ingin merakamkan sejarah perjuangannya, sehingga sanggup berhadapan dengan penjajah, sanggup dibuang daerah, sanggup segalanya, demi perjuangan membela bangsa.
Ketika bertemu dengannya, beliau seperti cepat membaca fikiran kami iaitu mengapakah orang-orang seperti ini dilupakan jasa baktinya.
"Saya tidak ingin menonjolkan diri," kata Cikgu Sabli, yang bukan setakat guru sekolah tetapi seorang tokoh sejarah ketika negeri kita membebaskan diri dari belenggu penjajah dan ingin merdeka.
Sabtu, 14 November 2009
"Saya tak mahu menonjolkan diri,"kata Cikgu Sabli
✔
abd naddin
Diterbitkan 11:58 PTG
Tags
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 comments
syabas kpd cikgu sabli! skrg terlalu ramai manusia yg suka menonjolkan diri, mahu gelaran dan pangkat untuk kemegahan dan sebagainya...tahniah cikgu!
pemimpin sekarang tak nak sebagai cikgu sabli ini.. pemimpin sekarang hanya berkiblat kepada kuasa,pangkat dan wang. Semalam di suatu tempat di KK saya menyaksikan bagaimana seorang Datuk Sabah menghina pelayan restoran,kerana hanya pelayan tersebut tersilap hantar minuman.
Kita harus contohi insan sepertinya.