Ahmad Fawzan menyambut ulang tahun yang ke-4 , 6 januari lalu. Fawzan ingin cepat membesar supaya dia dapat bersekolah dan belajar menjadi pahlawan.
"Abah, saya mahu jadi Ben10."Komik Ben10 itu, kiranya mempengaruhinya untuk mempertahankan diri. Fawzan agak agresif dan berani, kerana itu neneknya mencadangkan agar dia disekolahkan di taski Islamiah supaya nanti, Fawzan mampu menjadi lelaki sejati.
Acara itu bermula jam 5.00 petang kerana saya terpaksa ke kk jam 7.00 malam, walaupun kemudian perjalanan itu ditangguhkan keesokan harinya.
Anak-anak berkumpul dan gembira.Meniup lilin tanda dewasa dan melambangkan kesediaan berkorban untuk menerangi kehidupan sesama.
Saya fikir, yang diimpikan ialah harapan harapan tentang kesejahteraan masa depan.