Rupa-rupanya keadilan ada hubungkaitnya dengan telur penyu.
Saya fikir saya tidak salah apabila mengatakan bahawa sistem keadilan dalam masyarakat Iranun di Sabah dapat dihuraikan dengan baik jika kita tahu bagaimana kaedah anggota masyarakat itu membahagi-bahagikan telur penyu.
Mengapa telur penyu boleh dikaitkan dengan sistem keadilan dalam masyarakat Iranun?
Satu ketika dahulu, biasanya ketika `musim utara' mula berhembus, tibalah masanya musim penyu bertelur.
Pantai Tamau merupakan tempat pilihan bagi penyu-penyu untuk bertelur. Pantai itu begitu popular malah mungkin sama dengan Pantai Rantau Abang. Cuma barangkali Pantai Tamau tidak banyak diketahui pelancong, kalau tidak sudah tentu ia akan dilawati juga oleh orang putih.
Aktiviti mencari penyu naik ke pantai untuk bertelur itu dipanggil "bpanunggu' "oleh masyarakat Iranun. Mereka menyusuri sepanjang pantai untuk menunggu penyu naik ke darat untuk bertelur yang dinamakan `nggaban'.
Apabila terjumpa penyu yang naik untuk bertelur, maka pihak yang menjumpainya nakan dengan cepat memadam jejaknya atau melarikan atau menyembunyikan penyu yang bertelur itu.
Ketika penyu itu bertelur, biasanya penyu bertelur antara 100 hingga 150 biji seekor, maka telur-telur itu akan diagihkan kepada orang-orang yang menjumpainya.
Bagaimana kalau yang menjumpai penyu yang bertelur itu lebih daripada satu orang? Di sinilah lahirnya konvensi yang tidak tertulis mengenai kaedah-kaedah membahagikan telur penyu itu.
Telur penyu itu dibahagikan sama rata dengan orang orang yang menemuinya.Kalau dua, tiga, empat atau lima atau katakanlah sepuluh, ia tetapi dibahagikan sama rata.
Ketika penyu bertelur itu, semua telurnya dikeluarkan daripada lubang serta merta.Ini kerana jika ada orang yang baru datang, beliau berhak mendapat jatah telur yang masih terdapat dalam lubang berkenaan. Namun begitu, dia tidak berhak pula mendapat bahagian daripada telur-telur penyu yang telah dikeluarkan dari lubangnya. Beliau berhak mendapat agihan daripada telur penyu yang masih terdapat lubang.
Biasanya teman-teman seperjalanan mendapat bagian daripada telur penyu itu. Kalau dulu sepanjang pantai dari Batu Gadung ke Buringin atau Minanga adalah temapt yang menjadi lokasi tempat penyu bertelur.Maka berbondong-bondonglah orang kampung tidak kira tua muda untuk berkunjung ke pantai untuk `bpanunggu' atau mencari penyu yang naik untuk bertelur.
Bagaimana pula, kalau yang menemui penyu yang sedang bertelur itu semuanya terdiri daripada perempuan?. Ia tidak menjadi masalah tetapi klau ada lelaki yang datang, walaupun pada ketika Penyu masih bertelur dan semua telurnya masih dalam lubang, si lelaki berkenaan tidak berhak mendapat bahagian. Kalau dia membawa isteri, atau adik perempuan, maka hanya isterinya atau adiknya saja yang berhak mendapat bahagian telur penyu itu.
Itulah antara peraturan-peraturan yang tidak tertulis tapi terus ditaati oleh masyarakat Iranun. banyak kaedah lain untuk mengagihkan rezeki seperti berbahagi rezeki pendapatan ketika `pamilis' menangkap ikan bilis, ketika bpanangga, turun ke laut menangkap ikan untuk beberapa hari dan sebagainya.
Saya fikir peraturan-peraturan ini mempunyai banyak nilai luhur yang dapat diteladani. Misalnya jika ada nelayan pulang dan kita membantu mengangkat sampan atau perahunya, maka kita biasanya akan diberikan ikan oleh si nelayan.

Sistem pembahagian telur penyu ini bagaimanapun kini semakin pupus seiring dengan semakin jarang nya penyu yang naik ke darat. Kebanyakan penyu mati kerana jerut pukat tunda menyebabkan jumlah penyu yang naik ke darat semakin berkurang.
Di Nala, Tungku, menurut saudara Mohamad Sidam, paling akhir beliau melihat penyu naik ke darat ialah pada tahun 80-an. Selain kerana pantainya yang semakin tercemar, nelayan pukat tunda juga telah menyebabkan populasi penyu di negeri ini semakin jarang ditemui.
Apakah dengan semakin menghilangnya penyu maka nilai nilai atau aspek luhur dan murni dalam etika keadilan, sistem pembahagian rezeki, etika rakan seperjuangan, sikap menghormati wanita, di kalangan masyarakat Iranun juga akan turut menghilang?