Ahad, 11 April 2010

Nota pertemuan dengan tiga penulis

Tags

Ketiga tiga tokoh ini merupakan tokoh-tokoh yang berpengaruh dan penting pada zamannya.Sebaik keluar dari satu majlis pelancaran buku mengenai madu lebah yang ditulis pengkaji dari Jerman yang dibantu pengkaji tempatan, saya ternampak Datuk Haji Karim Ghani, Haji Saidi Lampoh dan Datuk Halik zaman.
Datuk Karim ternampak saya dulu dan melambai kepada saya. Mereka sedang asyik bercakap mengenai isu-isu berkaitan politik, jati diri dan sebagainya di coffee house Hyatt Hotel pada 30 Mac lalu. Entah bagaimana percakapan kami beralih kepada topik topik mengenai sastera sebaik mereka terlihat saya membawa buku. Ketiga-tiganya masih menyimpan minat yang mendalam dalam bidang penulisan kreatif. Datuk Karim Ghani dulu dikenali sebagai K Ghani, Mohd.Saidi Lampoh bekas ADUN dikenali sebagai S.Mala manakala Datuk Halik dikenali sebgai Ahzam. Banyak kenangan manis terutama kerana mereka ini satu pasukan dalam debat mengenai bahasa melayu lwn Bi dalam tahun-tahun 60 an dahulu.
S.Mala masih menulis, walaupun tidak seprolifik dahulu.K.Ghani dan Ahzam pula juga minat bercerita mengenai sastera.
Penulis-penulis veteran ini juga mempunyai pemikiran yang menarik mengenai sastera kita, yang tidak lagi serancak dahulu.
Tidak lagi ramai penulis veteran yang menulis, hanya Hajah Dayang Salmah salam yang kini sakit sakit, Haji Mastun Abas kembali menulis dan telah menyiapkan cerpen-cerpen dan satu novel ikal mayang yang tersiar secara berciri di Utusan Borneo, Datuk RM Jasni di Keningau sementara yang lain sudah pergi. Pak Shuhaibun Yussuf, Amil Jaya, K Bali dan Harun Haji Salleh telah tiada.
Pertemuan kami pada pagi itu banyak diwarnai oleh cerita-cerita lama, dan renungan-renungan mereka mengenai masa depan sastera kita