Isnin, 16 Januari 2012

Nandrayanatirow catat nama rakan seniman di pokok kayu ketika rindu

Tags









Jika merindui rakan-rakan penyair, saya menulis nama mereka di pohon-pohon, kata Nandrayanatirow atau nama sebenarnya Nandra Hitong. Setiap kali beliau mengingat nama kawan-kawannya, beliau mengabadikannya di pohon-pohon mangga, pohon mempelam dan apa saja pohon di sekeliling rumahnya di Kampung Kuala Abai Kota Belud.

"Dulu banyak nama yang tercatat di pokok-pokok buah-buahan itu. Tapi sekarang, ada di antaranya terjatuh atau dipindahkan orang", katanya ketika ditemui di ibu negeri baru-baru ini.

Dulu banyak juga lukisan-lukisan yang tergantung di pokok-pokok, seperti pameran tetapi sekarang, ia dimasukkan lagi ke dalam rumah.

Selain itu, jika jiwanya memberontak, atau `panas hati' beliau juga menghasilkan lukisan atau apa saja untuk digantung di pokok-pokok. Penyair yang juga tokoh teater ini memang telah lama menceburi dunia seni iaitu sejak awal 80-an lagi. Beliau juga seorang pelukis Sabah yang pernah menyertai pameran di Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Indonesia. Kebanyakan lukisannya `naive art', dan pernah satu ketika dulu tidak diterima di BSLS, tapi tak lama kemudian , lukisan-lukisannya turut dipamerkan di Balai Seni.

Nandra pernah juga mengikuti pelbagai pameran di seluruh negara. Tapi seniman punya keanehan-keanehannya sendiri.Keistimewaan-keistimewaan yang hanya ada pada mereka.

Misalnya Nandra.Beliau mencatat nama-nama rakan seniman dan penyair di pokok-pokok buah-buahan sekeliling rumahnya, jika beliau merindukan mereka.

1 comments so far

Wahhh... keanehan yang mengharukan bang Nandra. Terharu nama Pena Alam pun turut menyangkut cantik di sepohon pokok mangganya!

makasehhh abang nad..