Dengan selamba, orang itu mengeluarkan `anu'nya dan membuang air kecil di tepi parit di hadapan kedai itu. Kami boleh melihatnya dengan jelas dari tempat kami minum itu.
"Kan ada tandas.Apa salahnya dia buang air di dalam tandas yang disediakan?" kata kawan saya.
Kami memerhatikan saja orang itu melepaskan hajatnya. Selepas itu, beliau membuka pintu keretanya.
"Wah! naik kereta dmax!". Kami semua terbelalak. Masakan orang yang naik kereta dmax begitu, kurang sopan dan `memancut' tak kira tempat.
Perbuatan itu disebut mungkang dalam bahasa bajau, atau tamparasa dalam bahasa Iranun. Agak janggal
Tetapi kalau di kampung-kampung di pedalaman, jangan cuba-cuba masuk ke dalam hutan kalau mahu membuang hajat. Buang di tepi jalan saja. Jangan masuk terlalu jauh ke dalam, kerana berbahaya terkena jerangkap samar yang dipasang untuk menangkap babi hutan.
Sambil makan kacang itu, kami bercakap mengenai perjalanan kami ke Kuala Abai. Kami sempat meninjau masalah nelayan yang terjejas kehidupan mereka kerana tidak lagi dapat turun ke laut dengan perasaan aman setelah laluan yang biasanya mereka gunakan tohor akibat kegiatan mendalamkan sungai.
"Bukan menjadi dalam sebaliknya ia tidak dapat digunakan lagi jikalau air surut kerana kontraktor yang dipilih untuk menjalankan kerja itu tidak membuat kerja sebaik-baiknya.
Malah mereka tidak berunding dengan ketua kampung atau JKKK sebelum menjalankan kerja-kerja river mouth dredging di Muara Sungai Abai, kata nelayan di kampung itu.
Ketika melintasi SK Kulambai, kawan saya teringat mengenai kelapa yang ditanam oleh Tun Mustapha di sekolah itu. Kelapa yang ditanamnya itu, kebetulan tumbuh bercabang tiga.
"Masih boleh disaksikan sampai sekarang," katanya.
Waktu itu, guru besar SK Kulambai, kalau tak silap namanya Cikgu Lenas. seorang peminat wayang. Beliau suka menonton filem 007 dan kagum melihat starring atau disebutnya `anak muda' dalam filem itu yang bernama ruga muri. Orang yang belum menonton filem ketika itu tercengang-cengang mendengar nama ruga muri itu. Rupanya yang dimaksudkan beliau dengan nama ruga muri itu ialah Roger Moore.
Selepas itu, kami sempat berhenti di hadapan rumah Haji Kamran Musa, menyaksikan berpuluh-puluh ekor helang terbang dan menyambar mangsa di kolam ikan berdekatan. Ia pasti boleh dijadikan satu tempat pelancongan yang menarik.
Helang-helang yang terbang itu, sesekali menyambar ikan di Timbang Dayang itu, jika tidak diganggu, boleh menjadi objek wisata yang boleh menarik ramai pelancong ke Kota Belud.
Sesekali balik kampung, banyak cerita yang didengar, banyak pula yang boleh ditulis dan dikongsikan bersama pembaca blog ini.
Ahad, 15 Januari 2012
nota balik kampung 1- perjalanan dari Kuala Abai
✔
abd naddin
Diterbitkan 5:28 PTG
Tags
Catat Ulasan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)