CERITA
MENCARI DUGONG DI KUALA PENYU
Inus
memandang ke Pantai Pelakat. Laut tenang tetapi airnya kurang jernih.
Biasanya
pada waktu-waktu seperti ini, dugong, sejenis mamalia yang hidup di perairan
itu akan timbul memperlihatkan dirinya.
Tetapi
sejak pasangannya mati kira-kira dua bulan lepas, dugong itu semakin jarang
kelihatan, mungkin kerana kesunyian.
Barangkali
ia merasa kehilangan kerana ditinggalkan suaminya yang mati terjerat pukat.
Dugong
yang mati itu panjangnya kira-kira tujuh kaki, dengan beratnya sekitar 200
kilogram dan matanya sebesar lapan inci,
kata Inus, seorang penduduknya yang menumpahkan minatnya kepada aktiviti
memancing.
Katanya,
sejak dulu lagi, perairan Pelakat, Kiaru Bugunjai menjadi tempat permainan
dugong-dugong itu. Dahulu terdapat banyak keluarga dugong ditemui
nelayan.Ketika matahari cerah,dugong-dugong itu berenang ke permukaan mencari
cahaya. Keluarga dugong adalah vegetarian, yang hidup memakan rumpai, meragut
rumput dan lumut laut.
Orang
kampung menamakannya duyung babi, kerana kepalanya menyerupai babi, ada bulu
bulu, badannya seperti ikan. Ada juga yang menamakannya lembu laut.
Populasi
dugong itu semakin mengecil setelah adanya pukat tunda.Dugong-dugong terjerat
pukat , lalu mati dan berkurang. Dulu orang tua kami tak begitu peduli
kehadiran dugong-dugong ini tetapi kemudian generasi kami baru mengerti
mengenai kepentingan dugong-dugong bukan saja dalam mengekalkan sistem ekologi
laut malah penting sebagai salah satu daya tarikan pelancongan.
"Kalau
musim air tenang, sini saja dia pusing-pusing,"kata Inus menunjukkan
perairan Pelakat-Kiaru itu. Setelah seekor dugong mati, dipercayai dugong
jantan, tinggal seekor lagi. Mungkin juga, ada beberapa ekor lagi dugong di
perairan itu, tetapi belum ada statistik yang lengkap mengenainya.
Hari
itu, kami sengaja mengitari persekitaran laut Pelakat-Kiaru, kalau-kalau ada
dugong yang muncul agar kami dapat melihatnya.
Sistem
ekologi di kawasan itu terancam bahaya, mungkin kerana diakibatkan oleh
kapal-kapal laut dalam, sebahagiannya disebabkan ada pihak yang rakus mengaut
keuntungan sambil memusnahkan sistem ekologi di kawasan itu.
Bukan
itu saja, kata Inus, beliau melahirkan rasa khuatir kerana kemungkinan nelayan
bakal kehilangan masa depan mereka tanpa sebarang ketentuan. Katanya, tidak
lama lagi, nelayan bakal dilarang
menangkap ikan di kawasan yang menjadi tempat menangkap ikan tradisi
mereka kerana khabarnya kawasan itu termasuk dalam Zon Operasi Eksklusif bagi Kemudahan Terminal
Laut Petrolium dan Gas Sabah (SOGT) di Teluk Kimanis.
Nelayan
dilarang menangkap ikan di ZOE itu, katanya, tetapi jika dapat, alangkah
baiknya jika kerajaan memberikan mereka sedikit pampasan kerana kehilangan
sumber ikan.Kehilangan tempat menangkap ikan sama dengan kehilangan kehidupan
mereka.Seumur hidup mereka tidak dapat lagi menangkap ikan, kata Inus sebagai
mewakili kebimbangan golongan nelayan di kawasan itu.
Itulah
cerita Inus, yang mengaku kaki pancing itu. Selain itu, beliau menunjukkan
tempat dimana terdapatnya banyak ikan lumba-lumba. Kawasan teluk itu sungguh
menarik, dan indah pemandangannya. Kerajaan pula berbaik hati membawa
pembangunan dengan menjadikan Teluk Kimanis sebagai Terminal Laut Petrolium dan
Gas Sabah (SOGT).
Cuma
apa yang diinginkan masyarakat nelayan, ialah agar nasib dan masa depan mereka
lebih terbela lagi.Mereka mengimpikan agar kerajaan lebih prihatin lagi
terhadap kelangsungan hidup mereka. Jika
mereka tidak dibenarkan menangkap ikan di kawasan itu, seperti banyak
diceritakan orang, sudah tentulah pergantungan hidup mereka terhadap laut
sebagai sumber kehidupan akan terjejas.Mereka terpaksa mencari sumber
penghidupan di kawasan menangkap ikan yang lebih jauh, dengan pulangan yang
lebih sedikit kerana kos perbelanjaan yang lebih mahal.
Lama-kelamaan
nasib nelayan akan sama dengan dugong. Dugong hilang dan mungkin pupus kerana
ekosistem yang terganggu.Nelayan terjejas kehidupan mereka kerana kehilangan
laut yang secara tradisi menjadi tempat mereka mencari sumber rezeki, tempat
mereka bermain ombak, tempat mereka melayarkan satu kehidupan.
Kalian
tidak bernasib baik kali ini, kerana dugong yang biasanya bermain di sini,
tidak kelihatan lagi.Mungkin mereka mencari teluk atau perairan yang lain, atau
mungkin juga bersunyi-sunyi bersama arus air kerana pasangannya telah mati
kira-kira dua bulan yang lalu, katanya.
Kami
turun dari perahu di Kampung Pelakat Kuala Penyu tanpa melihat dugong yang
makin pupus itu.