MENGENAI
PUISI BUYA HAMKA DAN PAK NATSIR
Dengan
pensil kayu, Buya Hamka menulis puisi di atas secarik kertas.
Kertas
itu disisipkannya ke dalam saku baju Pak Natsir. Ketika itu, 13 November 1957,
Pak Natsir baru turun dari mimbar selepas berucap pada sidang Konstituante.
“Meskipun
bersilang keris di leher
Berkilat
pedang di hadapan matamu
Namun
yang benar kau sebut juga
Cita
Muhammad biarlah lahir
Bongkar
apinya sampai bertemu
Hidangkan
di atas persada nusa
Jibril
berdiri di sebelah kananmu
Mikail
berdiri di sebelah kiri
Lindungan
Ilahi memberi tenaga
Suka
dan duka kita hadapi
Suaramu,
hai Natsir, suara kaummu
Ke
mana lagi Natsir, ke mana kita pergi
Ini
berjuta kawan sefaham
Hidup
dan mati bersama-sama
Untuk
menuntut redha Ilahi
Dan
akupun masukkan
Dalam
daftarmu……..
Puisi
ini sangat bersejarah kerana ia ditulis dalam satu peristiwa yang sangat
menentukan masa depan Indonesia. Bandung penuh sesak hari itu, dan Pak Natsir
baru saja membentangkan konsep Dasar-dasar hidup Bernegara di depan sidang yang
juga dihadiri oleh pelbagai parti, pelbagai golongan, aliran, dalam suhu
politik yang semakin memanas ketika itu.
Puisi
itu membuat Pak Natsir terharu. Pak Natsir atau Muhammad Natsir adalah seorang
pemimpin yang terkemuka, bukan saja di Indonesia malah di seluruh dunia Islam.
Beliau pernah menjadi Perdana Menteri Indonesia dan pernah juga memimpin Dewan
Dakwah Islamiyah Indonesia.
Beliau
adalah seorang tokoh yang buah fikirannya masih relevan hingga kini. Tetapi
puisi yang dicipta Buya Hamka itu ternyata mengharukan Pak Natsir.Buya Hamka
seperti yang kita kenali adalah seorang ulama yang juga seorang sasterawan yang
terkemuka. Puisi yang berisi kata-kata semangat kepada Pak Natsir agar terus
berjuang `meskipun bersilang keris di leher; berkilat pedang di hadapan matamu,”
namun pesanan Buya Hamka `Namun yang benar kau sebut juga’.
Jangan
gentar untuk menyebut yang benar, dan memperjuangkannya, begitu kira-kira yang
dikatakan Buya Hamka.
Dua
tahun kemudian, pada 23 Mei 1959, malam hari ketika berada di pedalaman
Sumatera Barat, Pak Natsir mencipta sebuah puisi untuk menjawab puisi yang
ditulis Buya Hamka itu.
Dalam
puisi itu, Pak Natsir mengakui bahawa beliau lama tidak mendengar khabar
mengenai Hamka. Kadang-kadang, katanya, di tengah-tengah dentuman bom dan
meriam sahut menyahut itu, beliau mendengar irama puisi yang dihadiahkan oleh
Buya Hamka kepadanya itu.
“Tiba-tiba,
Di
tengah-tengah gemuruh ancaman dan gertakan,
Rayuan
umbuk dan umbai silih berganti
Melantang
menyambar api kalimah hak dari mulutmu
Yang
biasa bersenandung itu
Seakan
tak terhiraukan olehmu bahaya mengancam”.
Kerana
itu, beliau meminta agar Hamka terus memancangkan panji-panji kalimah tauhid. Puisinya
yang dibacakan di tengah hutan itu didengar orang dan kemudian disampaikan
kepada Buya Hamka.
Sekarang
sukar bagi kita untuk mencari tokoh-tokoh seperti Buya Hamka dan Pak Natsir.
Pemimpin yang ikhlas dan jujur, sederhana dan bersahaja dalam kehidupannya.