PERMAINAN
RAKYAT MENDIDIK NILAI-NILAI KEBERSAMAAN DAN KEJUJURAN
Oleh
ABD.NADDIN HJ.SHAIDDIN
abdnaddin@yahoo.com
abdnaddin@yahoo.com
MAINAN
dengan permainan memang berbeza. Mainan adalah benda yang dibuat untuk
menyenangkan dirinya, sedangkan permainan adalah sebuah sistem atau peraturan
yang dilakukan secara berkelompok, kata Mohamad Zaini Alif S.Sn., M.Ds. Bermain adalah hal
yang menyenangkan tetapi juga bermain juga boleh mendidik seseorang itu untuk
berlaku jujur, bekerjasama, tolong menolong dan sebagainya, kata Zaini yang
telah meneliti lebih 890 permainan tradisional di seluruh Indonesia.
"Walaupun
biasanya dalam permainan ada peraturan kalah dan menang, tetapi akhirnya yang
penting, bukan kalah dan menang itu melainkan kesenangan bersama,
kegembiraan bersama. Akhirnya ketika
bermain itu tidak lagi peduli siapa kalah siapa menang," kata tokoh permainan
kanak-kanak lulusan Institut Teknologi Bandung (ITB). "Ia mengandungi
nilai-nilai untuk menghargai proses atau usaha,' katanya. Mohammad Zaini, yang
telah membuat penyelidikan dan kajian sejak dari pderingkat sarjana muda, sarja
dan kini masih mengikuti kuliah di ITB di peringkat kedoktoran.
Menurutnya,
permainan tradisional boleh memupuk semangat kebersamaan, melatih anak-anak
agar mementingkan nilai-nilai dan kejujuran.Ia membantu proses pembelajaran.
Permainan tradisional boleh membantu membina keperibadian anak-anak, katanya
ketika ditemui selepas Festival Permainan Tradisional Anak Indonesia di
Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di Kota Kinabalu yang dirasmikan
oleh Konsul Jenderal Republik Indonesia Bapak Soepeno Sahid,
Mohammad
Zaini kini sedang meneliti permainan rakyat di seluruh dunia untuk ijazah
kedoktorannya. Melalui pengalamannya, permainan tradisional di Indonesia,
Malaysia dan Filipina itu mempunyai banyak persamaan. "Ini bermakna kita
berasal dari satu keturunan yang sama, " katanya.
Beliau
yakin permainan tradisional boleh menjadi pemersatu bangsa-bangsa di dunia
kerana banyaknya unsur persamaan, katanya. Yang berbeza cuma namanya atau
caranya. Kita mempunyai cara yang sama untuk menghadapi angin, makanya kita
menciptakan layang-layang. Disini kita menemukan kebersamaan. Banyak lagi
permainan yang sama di seluruh nusantara ini, cuma yang berbeza ialah namanya
saja. Pola kehidupan masyarakat yang beragam mendorong terciptanya mainan dan
permainan yang sesuai dengan alam dan lingkungan tempat tinggalnya, katanya.
Misalnya, watak kehidupan orang Sunda
adalah berladang atau huma. Orang yang pergi ke ladang terkadang sendirian
sehingga mereka membuat benda-benda yang bisa menghibur dirinya sendiri.
Kini beliau
mendirikan Komuniti Hong di kampungnya.Beliau pula yang menjadi ketuanya.Komuniti
ini mengkaji mainan dan permainan rakyat. Katanya, pola kehidupan masyarakat
yang beragam mendorong terciptanya mainan dan permainan yang sesuai dengan alam
dan lingkungan tempat tinggalnya.
Sekarang
ada pelbagai jenis permainan digital. Apa bezanya antara permainan rakyat
dengan permainan anak-anak zaman sekarang?
"Pada
mainan rakyat, fungsi bermain bukan hanya saat mainan itu dimainkan. Akan
tetapi, proses pembuatan juga bahagian dari bermain. Pada zaman sekarang,
fungsi bermain adalah memainkan saja. Tidak ada proses yang dilakukan si anak
untuk menciptakan mainannya sendiri. Semuanya sudah disediakan dan bisa dibeli
dengan harga tertentu.
Mainan
rakyat mampu menerapkan nilai-nilai kebersamaan, kejujuran dan sebagainya.
Permainan moden hanya mementingkan ketepatan saja. Permainan rakyat
memperkenalkan kepekaan rasa kepada anak-anak dengan media yang ada di
lingkungan kita, katanya kepada Utusan
Borneo.
Sementara
itu, Pengarah Provisi Education Jakarta, Romy Cahyadi berkata, permainan rakyat
itu mampu membantu pembinaan perwatakan anak-anak sehingga menjadi peribadi
yang selalu mementingkan kejujuran dan nilai kebersamaan.
Katanya,
pendidikan bukan setakat, membaca, menulis dan mengira tetapi juga boleh diterapkan melalui permainan.
Melalui permainan anak-anak boleh dididik
nilai-nilai kejujuran melalui proses permainan itu.