TERINGAT
ANAK BERMAIN `GAME’ DAN PANDANGAN PAK
SOEPENO
ENTAH
kenapa ketika Bapak Soepeno Sahid, Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kota
Kinabalu berbicara mengenai permainan rakyat itu, fikiran saya melayang kepada
anak-anak saya di rumah.
Beberapa
hari lalu ketika pulang bercuti, saya melihat mereka asyik menghadap komputer
riba. Rupanya mereka sedang seronok bermain `game’ di komputer itu. Malah bukan
itu sahaja, telefon genggam kami juga sering mereka gunakan untuk bermain
`game’.
“Mulai
dari anak-anak sampai orang dewasa pun kini asyik di depan layar televisyen,
komputer dan handphone untuk bermain game” kata Bapak Soepeno, diplomat yang
sering sibuk tetapi seronok ketika bercakap mengenai permainan tradisi zaman
sekarang dan zaman dahulu.
Orang
sekarang rela mengeluarkan wang yang tidak sedikit untuk melengkapi aplikasi
`game’ mereka, katanya sambil menambah, ia tidak mengherankan kerana permainan
ini tidak memerlukan tempat khusus dan luas serta boleh dimainkan sendiri.
Ironisnya,
arus modernisasi dalam era globalisasi ini tidak hanya membawa perubahan
positif, melainkan juga negative, katanya. Permainan moden yang kini menjadi
idola baru bagi anak-anak dinilai kurang mendidik, boleh menanamkan nilai
individualistik, materialistik, ingin menang sendiri dan banyak kesan negatif
yang lain.
Katanya,
seiring dengan perubahan zaman, perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi,
permainan tradisional semakin hilang kerana terlupakan. Banyak sekali perubahan
yang berlaku di tengah-tengah masyarakat kita.Salah satu perubahan yang cukup
signifikan adalah berubahnya gaya hidup, dan paradigma masyarakat dari
tradisional ke moden, bukan saja dari segi fesyen, tetapi sudah menular ke
semua aspek kehidupan masyarakat seperti sosial, budaya, seni dan sebagainya.
Memang
banyak permainan tradisi kita yang semakin hilang, katanya dalam sidang media
selepas merasmikan Festival Permainan Tradisional di KJRI Kota Kinabalu.Beliau
memberi contoh mengenai permainan keris-kerisan, yang dibuat dari daun kelapa
muda, yang sering dimainkan ketika bulan purnama. Juga banyak lagi permainan
anak-anak yang mempunyai kesamaan di seluruh nusantara.
Bagaimanapun
populariti permainan tradisi kalah jika dibandingkan dengan permainan moden
yang menggunakan teknologi tinggi. Bapak Soepeno merasa agak hampa kerana tidak
banyak anak-anak dan remaja masa kini yang mahu dan tertarik memainkan
permainan tradisi.
Bahkan,
katanya, mungkin sebahagian dari mereka tidak banyak yang tahu akan permainan
tradisional yang dahulu pernah menjadi permainan popular di zamannya. Anak-anak
zaman sekarang lebih tertarik untuk memainkan permainan moden kerana dianggap
lebih canggih dan lebih hebat jika dibandingkan dengan permainan tradisional.
Bagi
Bapak Soepeno, permainan tradisional bukan saja mampu menumbuhsuburkan rasa
solidariti atau kesetiakawanan, rasa empati bagi orang lain, semangat
kesukannan tetapi juga kesedekatan dengan alam sekitar.
“Bahkan
secara psikologi, permainan tradisional sangat besar pengaruhnya terhadap
perkembangan jiwa anak,” katanya. Ini kerana dengan bermain bersama, anak-anak
dilatih untuk saling menghargao bahawa setiap orang memiliki perwatakan,
keperibadian dan nasib yang berbeza-beza.
“Sesama
manusia harus hidup tolong-menolong dengan bergotong-royong.Selain itu, pada
setiap tahap permainan ini anak-anak dapat melatih diri untuk bersikap tabah,
jujur, setia kawan dan berdisiplin agar dapat mencapai apa yang dicita-citakan,”
kata Bapak Soepeno.
Adalah
menjadi tugas kita terutamanya generasi muda untuk menjaga, mempertahankan dan
melestarikan permainan tradisional dari ancaman kepunahan. Ketika Bapak Soepeno
berkata demikian, saya terfikir apakah anak-anak saya nanti masih mengenal
permainan tradisional nenek moyang mereka.
Apakah
mereka tahu apa yang dikatakan main tingting,
main jarambuta, main ridi, main kuba, main gala, mbinti, main suki, main
datu-datu dan banyak lagi yang permainan di kalangan masyarakat Iranun yang
tidak lagi saya ingat. Dalam masyarakat Bajau, banyak permainan tradisi yang
satu masa nanti mungkin pupus dan hilang. Masyarakat kadazandusun barangkali
lebih bernasib baik kerana mereka sudah memulakan usaha mengumpul permainan
tradisional mereka seperti rampanau,main kalalang, mogintanak dan sebagainya.
Ya,
bagaimana bentuk perwatakan mereka nanti jika mereka sentiasa disodorkan
permainan moden tanpa mengenali permainan leluhur mereka?