Perasaanku kuat ingin menulis ba Din, katanya sambil menyerahkan kertas bertulis tangan. Huruf-hurufnya ditulis besar kerana beliau tidak dapat membacanya kalau saiznya kecil. Aku mahu juga menulis menggunakan laptop atau internet, tapi anak-anak tidak membenarkan.
Mari kita minum Din!
Saya agak serba salah mengiyakannya. Restoran atau kedai kopi agak jauh lokasinya. Tapi beliau meyakinkan saya, bahawa beliau masih kuat berjalan. Hanya masalah penglihatannya saja.
Beliau menghubungi saya untuk menyerahkan sekeping gambar keluarga yang diambil baru-baru ini.Beliau tidak mahu mengeposnya kerana khuatir lambat sampai.
Kami lama tidak bertemu. Saya fikir beliau akan datang bersama seseorang yang lain.Ketika beliau meminta saya menunggunya di perhentian bas itu, kerana katanya dia menaiki bas istimewa, saya agak terkejut melihatnya dayang seorang diri.
Katanya, dia dihantar anaknya hingga ke terminal bas.Dari terminal bas itu, beliau menaiki bas City Bus ke pusat bandar. Orang tua tidak dikenakan tambang, katanya.Mungkin itu sebab beliau menamakan bas itu bas istemewa.
Akhirnya beliau mengajak saya minum di gerai di atas pasar besar itu.Katanya, tak ada masalah baginya menaiki tangga.
Sebenarnya saya bimbang beliau tidak kuat menaiki tangga itu.
Beliau sudah berusia 83 tahun. Dia menunjukkan gambar cicit-cicitnya yang katanya sudah berjumlah 23 orang itu.
Kami memilih gerai yang pertama. Saya bertanya adakah mereka menjual sinagol, sejenis makanan orang Bajau suluk. Tapi nampaknya tak ada.Saya terpaksa memesan ikan goreng dan kacang panjang.
Sambil makan itu banyaklah kisah yang kami bualkan.Beliau memberitahu betapa beliau tidak menyangka diberikan penghargaan oleh DBP Sabah baru-baru ini. Mereka datang ke rumah, katanya, dan bertanya bagaimana kisahnya beliau menulis. Beliau tidak menyedari perbualan itu dirakam. Beliau agak terharu diberikan penghargaan sebegitu rupa.Kalau tak silap yang datang itu namanya Ritah, pengarah dan ada lagi.
Oh mungkin Hajah Ritah, saya memberitahunya.
Sebelum itu beliau memang pernah berjauh hati dengan DBP, belliau mengakui.Puncanya kerana bukunya Sewangi Bunga itu dikatakan tidak layak diterbitkan, padahal sepatutnya ada inisiatif lain supaya orang orang sepertinya, penulis lama diberikan kesempatan untuk menerbitkan karya mereka.
Sekarang walaupun keinginannya agak besar untuk menulis, tapi beliau tidak dapat berkarya lagi seperti dulu.
Kadang-kadang bila terlalu rindu berkarya, beliau akan menelefon untuk membacakan bait-bait puisinya agar saya dapat mencatatnya untuk disiarkan di suratkhabar.
Perasaanku kuat. Aku ingin menulis Din, katanya. Saya teringkat satu ungkapan lama. Sekali wartawan, selamanya tetap wartawan.
Betapa kuat semangatnya. Dalam usia sebegitu, beliau masih mahu menulis dan berkara. Selepas itu, kami menuruni tangga itu semula. Saya menunggu sehingga bas sampai dan beliau menaiki bas. Katanya, beliau telah berjanji untuk menunggu anaknya di terminal.
Beliau adalah wartawan Melayu pertama di negeri ini. Ibu Hajah Dayang Salmah Salam.
Isnin, 11 Februari 2013
Perasaanku ingin menulis ba, Din!
✔
abd naddin
Diterbitkan 1:26 PG
Tags
Catat Ulasan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)