JAME
ALIP, DULU BELAJAR GUNA LAMPU PELITA KINI JADI PENGARAH
BAGAI
sirih pulang ke gagang. Barangkali itulah peribahasa yang tepat untuk menggambarkan
kepulangan Jame Alip ke Sabah. Sebelum ini, tokoh yang pernah menerima Sijil
Anugerah Kecemerlangan (SSB) Peringkat Kebangsaan ini pernah menjadi Pengarah
Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia. Kini beliau kembali
berkhidmat di negeri kelahirannya sebagai Pengarah Pelajaran Sabah yang baru
sejak 4 Mac lepas.
Jame
Alip lahir di Tenghilan, Tuaran pada 30 Mac 1956. Beliau mendapat pendidikan
awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Tenghilan sebelum meneruskan pelaran
Menengah di ST James Junior Secondary School Linsuk dari tingkatan 1 hingga 3
(1969-1972). Selepas itu, Jame menuntut di SMK Tamparuli dari tingkatan 4
hingga 5 (1973-1974). Setelah tamat persekolahan, memasuki
Maktab Perguruan Gaya dan berjaya mendapat Sijil Perguruan pada tahun 1976-1977.
Sebaik
keluar maktab, beliau ditempatkan di SMK Mat Salleh,Ranau (1978-1981). Tidak
lama kemudian Jame melanjutkan pelajaran
di Southern Illinois University (SIU) di Carbondale sehingga mendapat ijazah
sarjana muda (BA) dalam bidang sejarah dan (MA) dalam bidang sejarah dan
pengurusan pendidikan pada tahun 1981-1985.
Sekembalinya
ke tanahair, beliau bertugas di SMK Arshad Kota Belud (1986-1990) dan pernah menjadi Ketua Disilpin dan kemudian
menjawat jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Pada tahun 1990, beliau
menjadi pengetua pertama dan pelopor SMK Pekan Kota Belud yang baru dibuka,
Selepas
itu, Jame dilantik sebagai pengetua SMK Taun Gusi (1991-1995). Kerjanya menapak
setingkat lagi, apabila dilantik sebagai
Pegawai Pendidikan Bahagian Pantai Barat Utara (PBU) merangkumi Kota Belud,
Ranau, Pitas ,Kota Marudu dan Kudat (2001-2003). Kemudian beliau dilantik pula
sebagai Pegawai Pelajaran Gabungan KOBTAR, Kota Belud, Ranau, Tamparuli
(2003-2005) Pada September 2005, beliau
dilantik sebagai Ketua Nazir Negeri Perak dan merupakan orang Sabah pertama
dinaikkan pangkat ke DG52. Pada tahun 2006-2008, beliau dilantik Pengarah IPG
Keningau. Pada Ogos 2009, beliau dinaikkan pangkat ke JUSA C dan dilantik sebagai Pengarah Bahagian Sukan Seni
dan Kurikulum di Kementerian Pelajaran.
Jame kemudian dilantik Pengarah Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Pada 4 Mac 2013, beliau memulakan tugas secara
rasmi sebagai Pengarah Pelajaran Sabah. Atas jasa baktinya, beliau telah
dianugerahkan bintang kebesaran iaitu KMN (Kesatria Mangku Negara) dari Duli
Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agung, Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) dan
Bintang Setia Kinabalu (BSK).
Wartawan
Utusan Borneo, ABD.NADDIN HJ.SHAIDDIN berpeluang menemubual Jame Alip di
pejabatnya di Tingkat 7, Bangunan Persekutuan, Jalan Sembulan baru-baru ini. Ikuti petikan temubual bersama beliau mengenai pengalaman sewaktu
zaman kanak-kanaknya dan juga mengenai hala tuju pendidikan di negeri ini.
UTUSAN
BORNEO: Selamat bertugas tuan. Kami
amat berterima kasih kerana kesudian tuan untuk ditemubual bagi mengisi ruangan
Sembang Sabtu Utusan Borneo. Kami rasa berbangga kerana menjadi media pertama
yang berpeluang menembual tuan. Mungkin ada program baru yang tuan perkenalkan
sebaik dilantik Pengarah?
JAME
ALIP: Saya tidak perkenal program
baru.Memadai kita teruskan apa yang
telah ada. Hanya kita buat transformasi.Saya lebih suka kepada transformasi.
Kita balik kepada asas (go to the basic) untuk melonjakkan pencapaian
pendidikan di sabah. Yang penting guru
mengajar, murid belajar. Jangan pula guru mengajar, murid tak belajar atau
murid belajar, guru tak mengajar. Bagi saya, untuk meningkatkan mutu pelajaran
di Sabah ialah kita kembali kepada asas. Guru Mengajar, murid belajar.
UB: Apa yang tuan harapkan daripada profesion
perguruan?
JA: Kita mengharapkan guru-guru tetap dedikasi
dan komited dalam kerjaya mereka. Dalam Pelan Pembangunan pendidikan (PPP) kita
mahu guru guru produktiviti, kreatif dan inovatif dalam usaha melahirkan
pelajar cemerlang.Kalau boleh semua A, semua pelajar dapat A. Kita tidak mahu hanya
seorang dua orang dapat 5A. Kita mahu kalau boleh semua dapat A.
UB: Bagaimana mencapainya?
JA: Guru mesti kreatif, punya banyak bahan dan
alat bantu mengajar untuk mengajar. Cabaran dunia pendidikan hari ini tidak
seperti dahulu.Kini kita perlu membuat inovasi yang baru, misalnya guna ICT dan
sebagainya.
UB: Apa transformasi yang tuan harapkan?
JA: Seperti yang saya katakan tadi, saya lebih
suka melakukan transformasi.Apa yang sedia ada kita transformasi saja. Satu
lagi yang saya fikir penting dalam memajukan sekolah perlunya penglibatan, ibu
bapa, murid, guru, pengetua dan pemimpin.PIBG mesti menekankan kepada ibubapa betapa
pentingnya pendidikan. Hanya pendidikan yang boleh membawa kemajuan dan mampu merubah
keluarga. Sementara itu, kita harapkan agar murid berdisiplin, tidak nakal,
tidak ponteng sekolah. Kita juga harap guru memiliki komitmen. Guru kalau
komitmen tinggi, tidak kira masa. Pengetua pula mesti ada visi yang jelas,
pencetus idea dan penjana pemikiran. Semua pihak perlu berganding bahu, tidak
terkecuali juga pemimpin perlu memainkan peranan.
UB: Cabaran dunia pendidikan makin sengit
terutamanya alam mencipta kecemerlangan. Sebenarnya kita bersaing dengan siapa
sekarang?
JA: Sekarang saingan kita tidak seperti
dulu.Kita bukan bersaing antara sekolah atau daerah. Kita akan fokus Kita tidak
lagi bersaing dengan sesame sekolah di daerah kita tetapi kita bersaing dengan
sekolah-sekolah terbaik di seluruh negara seperti Sekolah Alam Shah, Tunku
Khursiah dan sebagainya. Saingan bukan lagi antara SMK Arshad atau SMK Taun
Gusi misalnya, tetapi bersaing dengan sekolah yang lebih hebat.
UB: Guru juga mesti berubah?
JA: Saya mahu guru-guru berubah, bukan sekadar
berubah tetapi mesti melangkah ke hadapan.Sekadar berubah tapi tidak melangkah,
tidak guna juga. Kita harus berpandangan jauh, futuristik.Kita harus berubah
dan melangkah ke hadapan.Selain itu kita mesti lebih fokus. Kalau mengajar,
mengajar betul bukan sampingan.
UB: Kembali kepada pencapaian UPSR di
Sabah.Ramai yang mengatakan Bahasa Inggeris sebagai satu mata pelajaran `killer
subject’.Apa komen tuan?
JA: Kita mesti membudayakan penggunaan bahasa
Inggeris di sekolah-sekolah.Misalnya ada hari tertentu, dimana kita perlu
bertutur dalam bahasa Inggeris. Di samping kita memartabat bahasa Malaysia,
kita juga memperkukuh bahasa Inggeris di sekolah sesuai dengan dasar MBMMBI
atau MBMMBI Memartabatkan bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
UB: Apa fokus Jabatan Pelajaran Sabah bagi
tahun 2013?
JA: Kita menyediakan 17 fokus sepanjang tahun
ini. Antaranya, yang pertama ialah
Peningkatan Prestasi peperiksaan Awam UPSR, PMR, SPM dan STPM.Kedua, pencapaian
Sub NKRA Pendidikan (GTP 2.0) yang meliputi pra sekolah Cemerlang dan Pra
Sekolah Pendidikan khas Inklusif, Linus 2.0, Tawaran Baru dan Sekolah
Berprestasi Tinggi.
Kita
juga menumpukan Pencapaian Program Transformasi PPD termasuklah Pengurangan
Bilangan Sekolah Band 6 dan Band 7, Peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS),
pengurangan Kadar 25 % perbezaan jurang bandar dan luar bandar dan Pencapaian
enrolmen murid sebanyak 95 %.
Jabatan
Pelajaran Sabah juga memfokuskan Pemantapan Pelaksanaan Dasar-Dasar Kementerian
Pelajaran Malaysia, yakni pertama, Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) & (Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS, kedua,Pelaksanaan
Dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris) dan
ketiga Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan dan Melindungi Masa Instruksional
(MMI).
Fokus
kita yang seterusnya ialah Pemantapan Pengurusan Kewangan dan Akaun di
Peringkat JPN Sabah, PPD dan Sekolah. Kita juga memfokuskan Pelaksanaan Projek
Pembangunan Fizikal Institusi Pendidikan di bawah RP3 dan RMK-10, Pengurangan
Kadar Ponteng Dalam Kalangan Murid Sekolah, Pemantapan Kepimpinan Pengurusan
Sekolah, Pemantapan Sistem Pengurusan Kualiti di JPN Sabah, Pemantapan
Pengurusan Data dan Maklumat, Pembangunan Sukan dan kokurikulum,Peningkatan
Penguasaan Asas Pendidikan Islam Program J-Qaf.
Selain
itu kita memfokuskan Pemantapan Kualiti Pengurusan Sekolah-Sekolah Agama di
Sabah, Pemantapan Pengurusan Pelaksanaan Modul-Modul HRMIS di semua peringkat,
pemantapan Pengurusan dan pengendalian Peperiksaan Awam, Pemantapan
Perkhidmatan Kaunseling kepada pegawai dan kakitang pendidikan dan Pendemokrasi
Kecemerlangan-Pencapaian Program Akun.
UB: Saya tertarik dengan beberapa fokus
Jabatan Pelajaran Sabah. Antara Peningkatan Prestasi Peperiksaan Awam khususnya
UPSR.Boleh tuan jelaskan sedikit?
JA: Kita akui bahawa prestasi UPSR di bawah
prestasi kebangsaan dan prestasi rendah berbanding negeri-negeri lain. Kita
letakkan sasaran GPN 2013 iaitu 2.20.Prestasi GPN 2012 ialah 2.31 dan KPI
Kebangsaan ialah 2.30.
UB: Bagaimana tentang Linus?
JA: Program Literasi dan Numerasi (LINUS),
kita mahu semua murid menguasai literasi dan numerasi Bercakap mengenai
prestasi kita pada 2012 ,Kohort 1 yang berada di tahun 4 sekarang ialah
Literasi 99.90 %, Numerasi 99.96 %. Kita meletakkan KPI 100%,Kohort 2 (iaitu
Tahun 3 sekarang) kadar literasi ialah 93.72 % dan Numerasi 96.42 %. KPI kita
ialah 100 %. Bagi Kohort 3 yang berada di tahun 2 sekarang, kadar literasi
ialah 74.37 % manaka kadar numerasi ialah 84.23 %. KPI ialah 100 %. . Banyak
yang kita lakukan untuk mencapai Sifar LINUS, ternasuk Selia Bantu Linus,
perkasa Fasilinus, PLS-Lesson Study Linus, Bimbingan Berfokus FasiLinus dan
Kepimpinan Pengajaran Transformatif.
UB: Bagaimana pula sekolah band 6 dan band 7?
JA: Masih terdapat sekolah band 6 dan 7 di
Sabah. Tahun lalu, sebanyak 32 masih berada dalam band 6 manakala 3 sekoalh
dalam Band 7 menjadikan jumlahnya 35. Sasaran kita untuk 2013 ialah 9 Sekolah Rendah Band 6. Untuk Sekolah Menengah sebanyak 40 sekolah
dalam Band 6 dan 6 sekolah dalam band 7 menjadikan jumlah kesemuamnya 46.
Sasaran kita untuk 2013 ialah band 6 ialah 15 sekolah.
Antara
tindakan yang kita buat ialah Program Pembudayaan Amalan PKS-SKPM 201 iaitu
Program pengupayaan Pegawai JPN,PPD, Pengetua, Gutu Besar dan pehgawai Meja
PKS-SKPM Sekolah, Task Force PKS-SKPM JPN dan PPD dan Program Skor 5.
UB: Oh ya, boleh ceritakan sedikit pengalaman
waktu sekolah dahulu?
JA: Ketika sekolah dahulu memang susah.
Sewaktu sekolah rendah, saya berjalan kaki sejauh 2 kilometer ulang alik ke
sekolah. Kalau malam tiba, saya belajar
pakai lampu pelita. Dulu tidak ada lampu elektrik seperti sekarang. Saya memang
dari keluarga yang susah. Selalu bantu ibu bapa. Jika sekolah petang, sebelah pagi
saya membantu ibu bapa menoreh getah. Kalau mereka ke kebun getah, Saya ikut potong getah.
UB: Apa kerja bapa dulu?
JA: Ayah saya, Alip bin Badar Beliau bekerja
sebagai mandor ladang getah.manakala ibu saya Rahmah binte Tanjung.Mereka tiada
pelajaran, pemotong getah tetapi menggalakkan anaknya belajar sekolah hingga ke
peringkat yang lebih tinggi.
UB: Tuan aktif dalam sukan dulu? Apa
kepentingan sukan?
JA: Saya aktif dalam sukan 100 meter dan 200
meter. Melalui sukan, kita bukan saja dapat melahirkan pelajar yang pandai
tetapi pintar, bukan saja bijak tetapi bijaksana.
UB: Dalam persatuan? Aktif juga?
JA: Saya juga
aktif dalam persatuan Pengakap. Selain itu, saya pernah menjadi Timbalan
yang Di Pertua Persatuan Guru Pelatih Maktab Gaya, sewaktu menjadi guru
pelatih.Sewaktu menjadi pengetua, saya pernah menjadi Timbalan Presiden
Persatuan pengetua-Pengetua Sabah. Saya juga pernah menjadi Timbalan Presiden
Kesatuan Guru-Guru bumiputera Sabah
UB: Sebagai seorang yang pernah menuntut di
Amerika, mungkin ada pengalaman yang boleh dikongsikan kepada pembaca?
JA: Banyak juga pengalaman sewaktu disana. Di
Amerika, saya pernah bekerja secara sebagai pembersih bangunan dengan gaji
$3.20 dolar sejam.
UB: Apa cita-cita tuan dahulu?
JA: Cita-cita pertama saya jadi peguam,
Cita-cita kedua saya jadi cikgu.
UB: Dari dulu pernah bercita-cita jadi guru?
JA: Dulu di sekolah sewaktu tiada guru, saya yang
jadi pengawas, selalu diminta menggantikan guru. Saya juga pernah jadi guru
sandaran di St Joh Tuaran denfan gaji RM205.00. Dengan jumlah gaji itu, saya
masih boleh memberikan duit kepada ibu bapa
UB: Apa prinsip tuan dalam bekerja?
JA: Prinsip saya dalam bekerja, saya tegas
tapi tidak sampai zalim, saya lembut tapi tidak sampai lemah.
UB: Apa hobi tuan jika ada masa lapang?
JA: Jika ada masa lapang saya suka bermain
golf. Tetapi sekarang semakin jarang saya lakukan kerana kesibukan. Saya banyak
membaca.Buku terbaru yang saya baca ialah How To Win Argument, buku yang
menceritakan bagaimana menang berhujah tanpa melukai hati orang lain. Saya juga membaca Blue Ocean Strategi.
Strategi gelombang biru, yang menitiberatkan unsur penjimatan, unsur keceoatan,
jangan terlalu banyak birokrasi. Misalnyakita sebagai contoh saja, dulu pasport boleh dibuat
dalam tiga bulan, kemudian dua minggu, sekarang hanya dalam satu jam, pasport
boleh selesai. Ini yang kita perlu contohi, iaitu mempersingkat dan
mempercepatkan sesuatu, dengan lebih efektif dan berkesan.
UB: Oh ya? Apa komen tuan mengenai ada
sebilangan guru yang melibatkan diri dalam politik?
JA: Kita sebagai guru adalah penjawat
awam.Sebagai penjawat awam, kita sokong dasar kerajaan yang ada. Perjuangan
kepartian tak perlu bawa di sekolah. Kalau kita melibatkan diri dalam politik,
akhirnya masyarakat keliru dan memandang negative kepada kita. Jangan pula
kerana seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit. Sebagai guru kita mesti
fokus. Bidang politik biarlah orang lain yang buat.maju mundur pendidikan di
Sabah adalah kita.
UB: Ada kaedah untuk meningkatkan lagi
pencapaian jabatan?
JA: Kita mahu dengar dari bawah.Kita mahu buka
akaun facebook jabatan bagi membolehkan orang ramai beri idea, pandangan secara
terbuka.Kita amalkan ketelusan dan keterbukaan. Kita gunakan halaman sosial
seperti ini.
UB: Siapa idola tuan?
JA: Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana
Menteri Kita. Kalau di peringkat dunia, John F.Kennedy.
UB: Apa kata-kata terakhir dari tuan?
JA: Hidup jangan ada istilah kecewa sebab kecewa
bawa kehancuran. Kita perlu bersyukur pada yang ada tetapi jangan puas hati.Cari
lagi jalan untuk mempertingkatkan diri. Selain itu, saya suka membantu orang
yang perlu bantuan. Bantu bukan dalam bentuk wang bagi bantuan dalam bentuk idea.
1 comments so far
Jika Ada istiqamah Dalam perjuangan insha'Allah berjaya.