PROF
MADYA HAJI INON, PEGANG REKOD 18 TAHUN JADI DEKAN DI UMS
Pada
tahun 1990, beliau menjadi Pengarah Kebudayaan UKM, yang sempat berdepan dengan
gerakan mahasiswa yang sebelum itu pernah mengadakan demonstrasi membantah
konsert Sudirman. Bagaimanapun pada tahun 1995, beliau mendapat tawaran sebagai
Prof Madya di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Di universiti yang baru dibuka
itu, beliau diberi tanggungjawab untuk menubuhkan fakulti Sekolah Sains Sosial
(SSS) selaku Dekan. Dua tahun kemudian, beliau diamanahkan untuk mengasaskan
Pusat Kokurikulum dan Kesenian, untuk menjayakan misi UMS untuk memantapkan
`soft skills’ serta menjadikan mereka siswazah intelektual sekaligus berketrampilan.
PROF.MADYA HAJI
INON SHAHARUDDIN: Sebelum berkhidmat di
Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun 1995, sebenarnya saya sudah
berkenalan dengan masyarakat Sabah pada tahun 1983. Kami pernah buat
penyelidikan tradisi lisan di Weston, Beaufort. Pada masa itu, Kota Kinabalu
baru nak membangun. Api-api Centre belum ada. Centre Point belum ada. Saya
ingat lepas pejabat DBP Cawangan Sabah, di kompleks SEDCO, tidak ada lagi
bangunan. Asia City belum ada. Orang yang menguruskan kedatangan kami pada masa
itu ialah arwah Cikgu Shuhaibun (Datuk Haji Shuhaibun Yussuf) yang menjadi
Pengelola Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) yang
berpejabat di Wisma Sabah. Haji Ismaily Bungsu, pada masa itu masih
bujang.Pakai kereta merah. Di belakang cermin besar bertulis Sajakis.
Selepas itu, saya
selalu ke Sabah juga, ke UKM Kampus Sabah, untuk menggiatkan kebudayaan
nasional sewaktu saya menjadi Pengarah kebudayaan di UKM.
PROF: Sebelum saya menjadi Pengarah Kebudayaan UKM,
golongan pelajar yang radikal telah mengadakan demontrasi membantah konsert
Sudirman.Sebabnya kerana arwah Sudirman menggunakan penyanyi latar yang
seksi.Kerana konsert Sudirman itu, aktiviti kebudayaan di UKM kita adakan pada
sebelah malam untuk mengelakkan demontrasi.
PROF: Lepas itu kita membawa penyanyi Zainal Abidin
untuk konsert Hijau. Kita juga membawa M.Nasir untuk Konsert Bonda. Kita
beritahu kepada aktivis pelajar ketika itu, daripada mereka buat protes di
luar, lebih baik mereka buat persembahan di pentas. Antara persembahan yang diadakan ialah
persembahan nasyid, sitcom pi mai pi mai
tang tu dirakamkan di UKM Bangi, begitu juga Syyy, 3+1 dan sebagainya.
PROF: Ketika baru datang ke UMS, saya diamanahkan
untuk menubuhkan Sekolah Sains Sosial. Dua tahun kemudian, saya menjadi
Pengarah Pusat Kokurikulum dan Kesenian UMS.
Masa itu kita undang penulis-penulis kreatif, teater. Orang teater yang
mula-mula bantu antaranya ialah Awang Karim Kadir. Kemudian kita mengadakan
program penulisan. Seramai 25 pelajar menulis novel. Beberapa minggu kemudian
terhasillah Novel `Bayangan Syafiqah” , novel yang pertama kali dihasilkan oleh
25 pelajar, yang belum pernah menulis karya.Kita selaraskan
bahasanya.Allahyarham Prof.Dr Othman Puteh
yang tolong edit.
Apabila projek
itu berjaya, maka seni kreatif itu diangkat jadi program baru. Ia menjadi salah
satu program di Sekolah Pengajian Seni yang baru ditubuhkan pada tahun 1999.
Saya menjadi dekan di Sekolah Pengajian Seni (SPS) sehingga bersara wajib pada
2003. Bagaimanapun, pada tahun 2006, saya diminta untuk mengetuai semula SPS.
PROF: Pada masa itu, Naib Canselor UMS, Prof.Datuk
Dr.Abu Hassan Othman meminta saya menjadi Pengarah Yayasan UMS yang pada masa
itu perlu diperkukuhkan. Apabila Datuk
Abu Hassan bersara pada tahun 2005, Naib Canselor yang baru, Prof.Datuk
Dr.Mohd.Noh Dalimin meminta saya untuk menjadi
Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat menggantikan pengarahnya yang
dipinjamkan ke Kementerian Pengajian Tinggi. Selepas itu, pada tahun 2006, saya
dilantik semula sebagai Dekan SPS hingga tahun 2010. Kemudian, saya dilantik
pula sebagai Dekan Sekolah Sains Sosial hingga Jun tahun ini. Jadi saya
berkhidmat pertama dan akhir di SSS.
PROF: Sewaktu jadi Pengarah Pusat Kokurikulum dan
Kesenian, UMS telah menubuhkan Palapes. Sebelum ada pasukan itu, mesti ada pegawai.
Jadi Naib canselor mengarahkan pegawai-pegawai universiti untuk memasuki
wataniah.Kita buat latihan di kampus UMS Jalan Tuaran. Tak cukup peserta.
Kemudian apabila perkara itu diketahui oleh kerajaan, Ketua Menteri mengarahkan
semua pegawai daerah memasuki perkhidmatan wataniah. Apabila semua DO ikut
serta, barulah ramai. Semua orang yang lulus diiktiraf dan diberi pangkat
sebagai pegawai. Waktu itu, saya paling tua, 52 tahun. Jadi saya tidak pergi ke
KL untuk melanjutkan latihan. Semua rakan-rakan saya, ada yang naik jadi
kolonel dan sebagainya.
UB: Prof berapa adik beradik ya?
PROF: Kami enam adik beradik.Saya anak yang bungsu.
Adik beradik saya, Ainul badri, Ainul Adnan, Ainul Jamal, Inul Jalal, Ainul
Zahar dan saya Inon Shaharuddin. Sebenarnya waktu pergi melapor ke balai polis,
seperti yang lazim dilakukan pada waktu itu, bukan ayah saya yang pergi.
PROF: Brig Jeneral Bersara (B) Datuk Malik Sahad.
Beliau rakan sekelas saya sewaktu sekolah di King Edward lagi.
PROF: Ketika itu, di Semenanjung baru terjadi
peristiwa 13 Mei 1969. Saya masuk universiti awal 70-an. Pada masa itu, baru
terasa orang Melayu agak ketinggalan dari segi peluang masuk universiti.
Kebanyakan sekolah menggunakan pengantar bahasa Inggeris. Ada beberapa sekolah
seperti Sekolah Alamshah yang menggunakan aliran Melayu.UKM pada masa itu
adalah satu-satunya universiti yang menggunakan bahasa pengantar dalam bahasa
Melayu. Jadi apabila saya diterima masuk ke UKM, saya rasa agak beruntung
kerana saya boleh membaca buku dalam bahasa Inggeris.Pada masa itu UKM belum
ada kampus tetap. Kita tumpang Maktab Perguruan Lembah Pantai yang terletak
bersebelahan UM. Jadi bila ada isu pelajar, tak sampai setengah jam isu itu
tersebar.
PROF: Saya bertugas di Jabatan Persuratan Melayu
UKM. Pada masa itu terdapat ramai pensyarah yang menjadi pakar dalam bidang
masing masing berkhidmat di Jabatan Persuratan Melayu. Masa itu Dr.Othman
Puteh yang mengajar sastera
moden-remaja, Ramli Isin, sastera moden esei, Dr.Sahlan Mohd.saman, Sastera
Moden-Perbandingan, Yusof Mohd.Noor,Yusof Mohd Noor, sastera tradisi, Inon
Shaharuddin-Sastera Rakyat, mana sikana-Sastera moden-kritikan.
PROF: Saya mengkaji Hikayat Si Miskin, masih dalam
tulisan tangan, dipercayai manuskrip yang tertua, dan dijumpai di Sri Langka.
Saya bandingkan dengan manuskrip yang terdapat di DBP,Jakarta dan beberapa
manuskrip lain. Kita bandingkan dengan cerita si Miskin dalam wayang kulit di
Kelantan, dan sebagainya. Kajian perbandingan mengenai hikayat si miskin ini
telah diterbitkan dan diberi nama Hikayat Marakarma.
PROF: Sarjana-sarjana di sana amat menghargai
maklumat dan mengapresiasi ilmu yang kita bentangkan. Mereka sangat menghargai
ilmu.
PROF: Antaranya Datuk Sapawi Haji Ahmad, kini Ahli
Parlimen Sipitang, Dr Andika Aziz Hussein. Mohd.said Hinayat pula, kami sama
nyanyi puisi dalam Kumpulan Suarasa. Beliau main gitar, nyanyi. Puisi
dibekalkan oleh Siti Zainon. Antara ahli kumpulan Malik saidin, Junainah,
Salihin sekarang Prof madya. Waktu itu kami bersaing dengan Kumpulan Harmoni
yang diterajui Zubir Ali. Kami selalu membuat persembahan di DBP, di
sekolah-sekolah dan sebagainya.
PROF: Tun Dr.Mahathir Mohammad. Bukunya Dilema
Melayu banyak membawa kesedaran kepada saya.
UB: Kalau boleh tanya, apa motto dalam hidup
Prof ya?
PROF: Dalamh idup ini kita kena jujur , setia dan
hormat. Tiga perkara ini mesti ada pada diri kita.Kalau kita berpegang kepada
sikap jujur, terus terang, hormat kepada orang, kita boleh hidup aman.Kalau
takut kita tak akan hidup lama.Kita alah oleh ketakutan,
PROF: Saya sempat menghasilkan 20 buah buku dalam
berbagai genre iaitu: 4 buku akademik, 6 antologi karya Sastera Rakyat. Selain
itu, saya juga sempat menerbitkan , 5 buku ‘coffee table’ UMS (DYMM
Sultan Salahuddin, YABhg Tun Sakaran Dandai, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamed
& YAB Toh Puan Dr Siti Hasmah Hj Ali, Perasmian Kampus Tetap UMS,
Pencapaian Akademik UMS 10 Tahun), menyelenggara sebuah novel dan sebuah
antologi puisi, menyunting sebuah memoir Tan Sri Abu Hassan Othman,
menyelenggara dan menyunting Inventori Sukan Tradisional ASEAN, dan
mempengerusi serta mengawal penerbitan Peraturan Permainan Tradisional Malaysia
(Wau dan Gasing).
PROF: Sebenarnya banyak penyelidikan telah
diselenggara atau jalankan selaku penyelidik utama, ketua pasukan penyelidikan,
penasihat atau penyelia kepada penyelidikan siswazah. Ini termasuklah
penyelidikan di UKM ketika menjadi Timbalan Pengarah Insitut Bahasa,
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu sehinggalah sebagai Dekan Sekolah Sains
Sosial dan Sekolah Pengajian Seni UMS. Antara kajian yang dilakukan di Sabah di
mana saya bertindak sama ada sebagai
penyelidik, ketua kajian atau penasihat ialah Kajian Kesenian Melayu Berunai di
Binsuluk (1996), Busana dan Seni Tari Rungus di Kudat (1997), Tradisi Lisan
Melayu Berunai (1998), Tradisi Rakyat Bugis, Tawau (1999), Sejarah Lisan Orang
Murut, Tenom (2003), Seniman Pendokong Tradisi khususnya seniman Isun-Isun
Bajau Kota Belud dan penyanyi Mibangki Rungus Kudat dan Zapin Berunai dari Bongawan(2008), dan
Lagu-lagu Tradisional Suku Kaum Berunai di Papar, Membakut dan Bongawan (belum
selesai, 2008). Kajian Seniman Pendokong Tradisi telah dibentangkan di
peringkat ASEAN dengan judul kertaskerja Three Singer: Keepers of Traditions
pada bulan Jun 2008.
PROF: Dalam khidmat sosial , saya pernah menjadi
pengasas bersama Pidato Pertama Toastmasters Club Kota Kinabalu, iaitu kelab
toastmaster yang pertama di dunia diselenggarakan dalam Bahasa Malaysia. Saya
pernah menjadi Naib Presiden kelab
tersebut pada tahun 1997/98, Presiden
pada 1998/1999, dan Area Governor K4 Toastmasters International meliputi Sabah
dan Labuan 1999/2000. Selain itu, saya
juga menjadi ahli Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia, dan
ahli ASEAN Universities Arts Council (1996-2006).