IR AWANG SALEH, BERANI AMBIL RISIKO JADI KONSULTAN KEJURUTERAAN
DI SABAH, tidak ramai anak-anak bumiputera yang menjadi jurutera profesional atau professional Engineer. Tidak ramai anak bumiputera yang melibatkan diri sebagai juru perunding atau konsultan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal. Salah seorang anak bumiputera yang berani mengambil risiko untuk menceburi bidang ini ialah Ir Awang Saleh Haji Makmud, seorang anak Iranun dari Kota Belud Sabah.
Ir Awang Saleh bin Haji Makmud dilahirkan di Kampung Rampayan Ulu Kota Belud pada 26 April 1976. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Rampayan Ulu Kota Belud sebelum meneruskan pelajaran menengah di SMK Taun Gusi Kota Belud dalam tingkatan satu hingga tingkatan 3. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dalam tingkatan empat hingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Berasrama Penuh Labuan.Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM (1992), beliau memasuki Matrikulasi Kejuruteraan UKM di SM Sains Melaka dan Pusat Matrikulasi Kuala Pilah (1993-1995).Kemudian beliau memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan lulus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal dan Bahan) dengan kepujian.
Beliau memasuki perkhidmatan kerajaan di Kementerian Kerja Raya di Kuala Lumpur. Tidak lama kemudian, beliau bertugas sebagai Penolong Pengarah (T) Mekanikal di Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) (16 Jun 1999-10 Oktober 2005). Beliau dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah (T) Mekanikal di JPPS (11 Okt 2005 hingga 1 Mac 2007) sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar Pembinaan JKR di Pejabat Tapak UMS, Unit Pelaksanaan Projek, UMS (15 Mei 2007-31 Mac 2010). Selepas itu, beliau melepaskan jawatan dan menubuhkan syarikat juruperunding kejuruteraan ATL Konsult Sdn Bhd dan menjadi Pengarah Urusannya sejak 1 April 2010 hingga kini.
Ir Awang Salleh adalah seorang jurutera profesional dan ahli Board of Engineers Malaysia (MBEM), ahli Institut of The Engineers Malaysia (MIEM), ahli Malaysia Assets & Project Management Association (MAPMA) , ahli ASEAN Engineer, ahli APEC Engineer dan Ahli International Professional Engineer (IntPE).
Dalam bidang kepimpinan dan kegiatan luar, Ir Awang Saleh pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kota Belud (2004-2008),Timbalan Ketua Biro Politik Pemuda UMNO Bahagian Kota Belud (2004-2008), AJK Biro Politik Pemuda UMNO Sabah (2004-2008), Setiausaha Putera atau Pertubuhan Permuafakatan Putra Islam Malaysia Cawangan Sabah (2008), Naib Presiden Persatuan Iranun Sabah (Perisa) (2014 hingga kini), Presiden Persatuan Bekas Pelajar SK Rampayan Ulu (Pembaru) (2015 hingga kini), Ahli Nexus Golf Karambunai , Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Belud (2013 hingga sekarang), Pengerusi Biro Profesional UMNO Bahagian Kota Belud (2013 hingga sekarang), dan mantan Calon Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) (2013-2016).
Wartawan Utusan Borneo, ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN berpeluang mewawancara Ir Awang Salleh Haji Makmud di salah sebuah restoran terkemuka di Jalan Gaya untuk berkongsi pengalamannya selama berkecimpung dalam bidang kejuruteraan.Ikuti petikan wawancara bersama jurutera profesional ini:
UB: Oh ya. Bolehkah tuan Ir ceritakan bagaimana mulanya Ir minat dalam bidang kejuruteraan? Minat sejak sekolah atau bagaimana?
IR AWANG SALEH: Di sekolah dahulu, saya memang genius dalam subjek matematik. Ketika darjah satu, saya sudah hafal sifir 12. Ketika darjah dua, saya sudah hafal sifir 24. Ketika dalam darjah dua, saya sudah bersaing dengan murid darjah enam di SRK Rampayan Ulu Kota Belud. Saya memang minat matematik sejak dari kecil. Di Universiti,Saya selalu dapat A walaupun saya hanya lihat nota kawan-kawan kerana kadang-kadang malas masuk kuliah.Kemudian ketika bersekolah di SMK Taun Gusi, saya jadi salah seorang pelajar terbaik sekolah. Ketika bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh Labuan dalam tingkatan empat dan lima, saya mengubat kerinduan saya kepada keluarga dengan belajar bersungguh-sungguh. Biasalah, kalau kita berjauhan dengan keluarga, kita mudah rasa rindu. Rasa rindu ini saya jadikan semangat dan pendorong untuk belajar sehingga keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah antara yang terbaik di Labuan. Kemudian selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, saya terpilih sebagai salah seorang pelajar yang menjadi perintis matrikulasi kejuruteraan UKM di Sekolah Menengah Muzaffar Syah Ayer Keroh, Melaka. Itulah matrikulasi kejuruteraan yang pertama.Sebelum itu hanya ada matrikulasi sains. Dalam program itu,, hanya 40 pelajar seluruh Malaysia yang terpilih mengikuti matrikulasi kejuruteraan.Tahun pertama saya di Melaka, tahun kedua matrikulasi, kami ditempatkan di Pusat Matrikulasi UKM Kuala Pilah.
UB:Siapa rakan-rakan tuan Ir yang terpilih mengikuti program matrikulasi kejuruteraan itu?
IR AWANG SALEH: Tak silap saya, kami empat orang.Saudara Fu Bun Kiong dari Ranau, Yakil Bacho dari Tawau, Terence Eddy Wong dari Beaufot dan saya sendiri.
UB: Setamatnya dari universiti, tuan Ir terus dapat kerja?
IR AWANG SALEH: Setamatnya dari universiti, saya balik kampung. Waktu itu krisis ekonomi 1998. Memang tidak banyak peluang pekerjaan.Pesaing lulusan universiti ramai. Saya terpaksa mengganggur kira-kira enam bulan lamanya. Sehingga ayah saya agak jengkel kerana kelulusan tinggi tapi tidak dapat kerja. Saya datangi pejabat-pejabat, isi borang SPA tapi tidak dapat kerja. Kira-kira enam bulan saya menganggur.
UB: Apa yang tuan Ir lakukan ketika menganggur itu?
IR AWANG SALEH: Saya memancing. Saya ikut memancing ikan di laut.Kadang-kadang kami dapat ikan banyak, kadang-kadang tidak banyak.Tapi ada suatu hari, kebetulan hari Jumaat, kami memancing. Satu ekor pun tiada. Tapi saya agak bernasib baik kerana dapat seekor ikan lami-lami. Agak besar juga. Biasanya ikan itu saiznya kecil dan biasanya ianya tidak makan pancing.Hanya itu satu-satunya ikan yang kami dapat. Ikan lami-lami yang saya pancing itu. Ditakdirkan seminggu selepas itu, saya dipanggil temuduga oleh SPA.
Seminggu kemudian, saya menghadiri temuduga, Jika tidak silap kami enam orang. Setiap seorang ditemuduga kira-kira 30 minit. Saya pula ditemuduga selama hampir dua jam. Tidak lama kemudian saya mendapat surat tawaran untuk bekerja di JKR di Kuala Lumpur. Jadi saya bekerja di KL. Kira-kira dua bulan kemudian, saya jumpa pengarah untuk memohon pertukaran.Kebetulan saya amat bernasib baik kerana kebetulan ada kekosongan.
UB: Apa jawatan tuan Ir ketika itu?
IR AWANG SALEH: Saya dilantik sebagai Penolong Pengarah Mekanikal Gred J41 dan ditempatkan di JPPS bermula 16 Jun hingga 10 Oktober 2005. Kemudian saya dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah (T) Mekanikal Gred J48 bermula 11 Oktober 2005 .
UB: Mungkin banyak pengalaman tuan Ir ketika bertugas di JPPS?
IR AWANG SALEH: Ketika bertugas di JPPS , saya ditugaskan menyelia pembinaan projek-projek sekolah, hospital, Hospital Likas, menyelia pembinaan kem tentera seperti Kem Kubota, Kem Paradise, Ibu pejabat Polis di Tawau, Sandakan, Kota Belud, Kota Kinabalu dan lain-lain.
UB: Selepas bertugas di JPPS, di mana tuan Ir ditugaskan?
IR AWANG SALEH: Kira -kira setahun lebih kemudian, saya dinaikkan pangkat memangku sebagai Pengurus Besar Pembinaan Projek JKR memangku Gred J52 di UMS bermula 15 Mei 2007. Saya diberi tanggungjawab yang lebih besar menyelia projek bernilai ratusan juta projek JKR di UMS. Antaranya pembinaan Pusat pasca Siswazah, Dewan Kuliah Pusat kedua, Sekolah Pertanian Lestari di Sandakan, Institut Bioteknologi di UMS. Semuanya melibatkan projek lebih RM500 juta. Ini satu cabaran dan memberikan banyak pengalaman dalam hidup saya.Saya bertugas sebagai Pengurus Besar Pembinaan JKR di UMS hingga tahun 31 Mac 2010. Selepas itu saya menubuhkan syarikat konsultan sendiri.
UB: Walau memegang jawatan yang tinggi, apa yang menyebabkan tuan Ir mengalih haluan dengan memilih untuk berhenti?
IR AWANG SALEH: Saya melihat masa depan yang lebih cerah dalam bidang perniagaan. Apatah lagi jumlah penglibatan bumiputera dalam kejuruteraan mekanikal dan elektrikal ini amatlah sedikit dan boleh dibilang dengan jari. Itulah yang mendorong saya melibatkan diri dalam bidang ini. Berbekalkan pengalaman ketika bekerja di jabatan kerajaan, hubungan dengan rangkaian atau networking dalam kerajaan dan swasta, kontraktor dan sebagainya, saya mengambil risiko untuk menjadi juru perunding bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrikal. Keberanian ini bukan mudah. Dunia perniagaan mempunyai banyak cabaran. Tapi semangat untuk membangunkan diri, membantu masyarakat menyebabkan saya berani ambil risiko. Sebelum itupun saya banyak terlibat dalam projek pembangunan untuk kepentingan dan keperluan masyarakat seperti pembinaan hospital, sekolah dan kem tentera ketika berkhidmat di JPPS. Kali ini pula saya ingin menyumbang khidmat melalui syarikat juruperunding yang saya tubuhkan. Pada masa itu, tidak ramai anak-anak bumiputera yang menceburkan diri sebagai konsultan kejuruteraan mekanikal dan ekektrikal. Malah di Sabah sekarang, jurutera profesional yang terlibat dalam kejuruteraan mekanikal dan elektrikal ini masih boleh dibilang dengan jari.
UB: Selepas mengambil keputusan berhenti, bagaimana reaksi keluarga?
IR AWANG SALEH: Orang tua saya merasa was-was dan ragu terhadap keputusan yang saya ambil. Sudah berjawatan tinggi tetapi ambil keputusan berhenti, mereka sebenarnya kurang setuju. Tapi saya mengambil keputusan ini kerana melihat prospek yang lebih besar. Itu sebabnya saya berani ambil risiko.Saya nekad. Saya fikir bumiputera juga mampu jadi juruperunding kejuruteraan. Pada masa itu hanya terdapat lima atau enam orang sahaja bumiputera yang menjadi konsultan. Sebagai jurutera profesional atau profesional engineer ini tidak ramai yang bumiputera yang menceburinya. Di seluruh Sabah, saya mungkin yang ketiga. Bidang ini lebih banyak dikuasai oleh non bumi. Jurutera Profesional dalam kejuruteraan mekanikal dan elektrikal mungkin saya satu-satunya di Kota Belud. Ada seorang lagi jurutera profesional engineer di KB iaitu Ir Saibi Dikam, dalam bidang kejuruteraan awam.

Selepas
itu, saya menubuhkan syarikat juruperunding
kejuruteraan ATL Konsult Sdn Bhd dan menjadi Pengarah Urusannya sejak 1
April 2010 hingga kini.
Kini hampir setiap minggu saya terbang ulang alik ke
Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat kerana sebagai konsultan dalam
bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrikal saya bertanggungjawab
menyelia, mengesahkan rekabentuk projek-projek pembangunan persekutuan
di seluruh negara seperti mahkamah, sekolah, hospital dan sebagainya.
Sungguhpun
begitu, sebagai juru perunding tempatan,walaupun bidang tugas sebagai
juruperunding meliputi seluruh negara , saya menumpukan kepada
projek-projek pembangunan di Sabah
UB: Walau memegang jawatan yang tinggi, apa yang menyebabkan tuan Ir mengalih haluan dengan memilih untuk berhenti?
IR AWANG SALEH: Saya melihat masa depan yang lebih cerah dalam bidang perniagaan. Apatah lagi jumlah penglibatan bumiputera dalam kejuruteraan mekanikal dan elektrikal ini amatlah sedikit dan boleh dibilang dengan jari. Itulah yang mendorong saya melibatkan diri dalam bidang ini. Berbekalkan pengalaman ketika bekerja di jabatan kerajaan, hubungan dengan rangkaian atau networking dalam kerajaan dan swasta, kontraktor dan sebagainya, saya mengambil risiko untuk menjadi juru perunding bidang kejuruteraan mekanikal dan elektrikal. Keberanian ini bukan mudah. Dunia perniagaan mempunyai banyak cabaran. Tapi semangat untuk membangunkan diri, membantu masyarakat menyebabkan saya berani ambil risiko. Sebelum itupun saya banyak terlibat dalam projek pembangunan untuk kepentingan dan keperluan masyarakat seperti pembinaan hospital, sekolah dan kem tentera ketika berkhidmat di JPPS. Kali ini pula saya ingin menyumbang khidmat melalui syarikat juruperunding yang saya tubuhkan. Pada masa itu, tidak ramai anak-anak bumiputera yang menceburkan diri sebagai konsultan kejuruteraan mekanikal dan ekektrikal. Malah di Sabah sekarang, jurutera profesional yang terlibat dalam kejuruteraan mekanikal dan elektrikal ini masih boleh dibilang dengan jari.
UB: Selepas mengambil keputusan berhenti, bagaimana reaksi keluarga?
IR AWANG SALEH: Orang tua saya merasa was-was dan ragu terhadap keputusan yang saya ambil. Sudah berjawatan tinggi tetapi ambil keputusan berhenti, mereka sebenarnya kurang setuju. Tapi saya mengambil keputusan ini kerana melihat prospek yang lebih besar. Itu sebabnya saya berani ambil risiko.Saya nekad. Saya fikir bumiputera juga mampu jadi juruperunding kejuruteraan. Pada masa itu hanya terdapat lima atau enam orang sahaja bumiputera yang menjadi konsultan. Sebagai jurutera profesional atau profesional engineer ini tidak ramai yang bumiputera yang menceburinya. Di seluruh Sabah, saya mungkin yang ketiga. Bidang ini lebih banyak dikuasai oleh non bumi. Jurutera Profesional dalam kejuruteraan mekanikal dan elektrikal mungkin saya satu-satunya di Kota Belud. Ada seorang lagi jurutera profesional engineer di KB iaitu Ir Saibi Dikam, dalam bidang kejuruteraan awam.
UB: Apa cita-cita sebenar tuan Ir ketika berada di bangku sekolah?
IR AWANG SALEH: Masa kecil dahulu saya berminat jadi seorang doktor.Kata orang tua saya, lebih baik jadi doktor. Tetapi kemudian setelah matrikulasi, minat saya berubah kepada kejuruteraan.
UB: Boleh ceritakan sedikit aktiviti di sekolah?
IR AWANG SALEH:Semasa di Labuan, saya juga menjadi wakil sekolah dalam pertandingan pidato. Sebenarnya sejak sekolah rendah lagi, saya sering menyertai pertandingan pidato.Saya pernah menjadi johan pidato. Selepas sekolah di SBPS Labuan, saya juga menjadi qari wakil sekolah pertandingan tilawah Al-Quran. Saya dua kali mewakili Labuan.Kali pertama saya dapat saguhati, kali kedua saya menduduki tempat ketiga. Wakil PBU ketika itu ialah Ustaz Haji Ibrahim Kisab, imam besar masjid negeri sekarang.
UB: Mungkin ada lagi penglibatan tuan Ir dalam aktiviti di sekolah?
IR AWANG SALEH: Saya pernah menyertai program Titian Emas pertukaran pelajar Sabah, Sarawak Labuan ke Semenanjung. Seramai 80 pelajar terpilih, iaitu 40 pelajar dari Sabah, Sarawak, WP Labuan dan 40 pelajar dari Semenanjung.Ketika itu saya terpilih sebagai ketua dan berucap di depan khalayak ramai. Usia saya masa itu cuma 16 tahun. Program itu agak unik dan menarik kerana pelajar ditempatkan di rumah bapa-bapa angkat mereka yang terdiri dari pemimpin-pemimpin seperti menteri besar dan ketua menteri.
Melalui program itu, saya menjadi anak angkat kepada YB Hashim Ismail dari Johor. Saya tinggal di rumahnya kira-kira dua minggu. Beliau pernah menjadi setiausaha parlimen kementerian Kewangan.Hubungan itu terus berlanjut.Malah ketika belajar di UKM saya sering ke rumah mereka.Program itu sangat baik kerana sebagai anak kampung saya diperkenalkan dengan pemimpin-pemimpin besar ketika itu.Beliau juga sering membawa saya untuk menghadiri mesyuarat. Malah pernah satu ketika beliau membawa saya dalam mesyuarat dan saya diperkenalkan dengan Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib. Mereka pun memberitahu mereka juga ada anak angkat.
UB: Bagaimana timbul minat tuan Ir dalam politik?
IR AWANG SALEH: Sebenarnya ia lahir dari jiwa. Tanpa dipaksa. Saya melihat ini satu ruang untuk saya berbakti. Saya ingin bantu masyarakat, saya ingin menyumbang kepada masyarakat. Saya lahir dalam keluarga yang selalu terlibat dalam perjuangan. Dulu sewaktu berusia 11 tahun, saya selalu bantu tampal poster pilihanraya. Rumah kami selalu jadi markas pilihanraya. Sejak dahulu lagi. Itu sebabnya saya mengenai tokoh tokoh Iranun seperti Datu Pinjaman Hassin, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Speaker Dewan Rakyat kerana sejak kecil lagi sudah melihat mereka berucap. Jadi bidang politik bagi saya menyediakan ruang untuk berkhidmat untuk masyarakat.
UB: Apa jawatan tuan Ir dalam politik?
IR AWANG SALEH: Sekarang saya AJK UMNO Bahagian Kota Belud. Saya juga Pengerusi Biro Profesional UMNO Bahagian Kota Belud. Sebelum itu, saya pernah jadi Exco Pergerakan Pemuda UMNO Kota Belud. Pernah Ahli Jawatankuasa Biro Politik Pemuda UMNO Negeri dan pernah bertanding Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
UB: Saya pernah tuan Ir bercakap mengenai jihad melawan kejahilan, jihad melawan kemiskinan dan jihad melawan penyakit Boleh jelaskan sedikit?
IR AWANG SALEH: Secara ringkasnya begini.Jihad membasmi kejahilan. Kerajaan menyediakan prasarana seperti sekolah dan universiti untuk meningkatkan taraf pendidikan masyarakat. Kita hendaklah berjuang untuk melawan kejahilan dengan meningkatkan taraf pendidikan generasi kita.Jika masyarakat kita ramai yang berpendidikan, maka kita tidak ada masalah lagi.Kita haruslah berjihad untuk melawan kejahilan dengan meningkatkan pendidikan dan pengetahuan kita.
Satu lagi jihad yang kita perlu lakukan ialah jihad membasmi kemiskinan.Sejak dahulu kerajaan memang banyak program membasmi kemiskinan.Bermula dari Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Negara (DPN), Wawasan 2020, kini TN 50 semua menjurus kepada peluang-peluang ekonomi. Kita haruslah merebut peluang-peluang ini untuk membolehkan rakyat kita keluar dari kemiskinan.
Jihad melawan penyakit juga perlu perjuangan.Selama ini kerajaan membina hospital, hospital pakar, klinik dan sebagainya untuk melawan penyakit. Tapi ada satu penyakit yang sukar diatasi iaitu penyakit persepsi. Kita cenderung terpengaruh persepsi padahal kita belum tahu sejauh mana kebenarannya. Kita terima berita kemudian kita ‘forward’ atau copy paste tanpa tahu isi berita itu betul atau tidak.Penyakit persepsi inilah cabaran terbesar kepada kita.