Masih mencari rentak untuk menulis.Mungkin kerana lama berdiam. Jadi fikiran ikut membeku.Banyak idea yang tidak dapat dialihkan atau diterjemahkan. Banyak juga yang tidak dapat dileraikan dari kekusutan. Tapi masih yakin saya masih boleh menulis. Kerana itu saya mulai lagi.
Saya berharap dapat menyiapkan pelbagai projek penulisan yang tergendala pada tahun 2022. Semoga saya diberikan kekuatan dan kejernihan fikiran pada tahun menjelang. Saya membuat ketetapan dan mengambil keputusan untuk lebih serius menekuni bidang yang diminati. Penulisan, penerbitan selain meneruskan aktiviti kewartawanan. Tidak lupa memantapkan usaha niaga yang dipilih.
Insya Allah semoga semuanya diberkati.