Alhamdulillah. pakcik Majid kelihatan sihat, walaupun nampak gemuk sikit.
Di sana sempat bertemu Bang Yan, yang pernah jadi Ketua Kampung di zaman pemerintahan lepas Kampung Titingan Hujung tidak lagi seramai dahulu. Beberapa blok sudah dipindahkan. Menurutnya rumah-rumah yang dibongkar itu diberikan pampasan antara RM40,000 hingga RM50,000 atau lebih mengikut besar rumah. Mereka agak beruntung kerana sebelum itu pemilik rumah yang terbakar tidak diberikan pampasan.
Bang Yan juga bercerita mereka sempat memohon lot tanah kampung Titingan itu untuk diagihkan kepada penduduk kampung. Saya lupa jumlah penduduk atau besar tanah yang dipohon . Tetapi permohonan itu gagal sebaik kerajaan baru mengambil alih kuasa.
Beliau menyesalkan masalah mentaliti penduduk yang kurang berfikir kerana lebih memilih RM200 ringgit daripada masa depan mereka sendiri.
Selagi mentaliti masyarakat kita tidak berubah, tidak banyak yang dapat diharapkan. Mereka tidak sedar bagaimana pada akhirnya mereka boleh menjadi pendatang di tanahair mereka sendiri. Banyak tanah yang ada di Titingan itu, sudah pun jadi milik orang lain, milik taukeh besar. Mereka tidak juga membangunkannya tetapi bila kerajaan berhasrat membangunkan tanah berkenaan, kerajaan terpaksa membayar pampasan yang tinggi untuk pemilik tanah.
Banyak lagi cerita yang boleh dijadikan pengajaran.
Kini di hadapan rumah pakcik Majid itu sudahpun ditimbus. Dulu tempat itu digenangi air jika laut pasang. Orang boleh meletak kereta masing masing tanpa perlu bersesak sesak lagi.
Kira kira satu jam di tempat pakcik Majid, kami pun diri untuk pulang