Ahad, 30 Julai 2023

Pertemuan dengan makcik Aisyah binti Hamid, Jalan Katamso Tanjung Selor

Tags


Selepas membeli tiket, kami mengajak pak Hasbi, pemandu grab itu membawa kami mencari rumah pakcik Darman. Tidak banyak yang dapat diingat kerana kali terakhir kami ke rumahnya ialah pada tahun 2004. Kami hanya ingat rumahnya tidak begitu jauh dari kedai Link King. Ada parit besar, kata Mutahar, adik bungsu isteri saya.  Kami akhirnya memutuskan untuk berhenti di sebuah rumah kayu tidak jauh dari masjid di Jalan Katamso.

"Assalammualaikum! Assalammualaikum!". Tidak lama kemudian seorang wanita menyahut salam dari dalam. Kemudian kami bertanya di mana rumah pakcik Darman. "Darmansyah adik Nurdin ?" Ya , kami mengiyakan dan memberitahu Fauziyah anak kepada Nurdin. Beliau agak terkejut. 

Di kawasan ini dulu, katanya merujuk Tanah Seribu, tidak ada orang lain. Semuanya ada kaitan keluarga

Wanita itu namanya Aisyah binti Hamid, 70 an. Aisyah anak kepada Encik Hamid bin Bahar, sepupu sekali dengan Hassan bin Hussin. Hassan ialah bapa kepada Mertua lelaki saya, Nordin bin Hassan. Makcik Aisyah memberitahu ayahnya  berasal dari Siak. Di Siak, masih ada keluarganya bernama Halimahtussadiah, Maimunah , Mohd Ali, Samsudin, Abdul Jabar dan Mohd Taha yang jadi Polisi. Ibu kepada Aisyah pula, namanya Mariam, orang Tidung berasal dari Sandakan. Suami Aishah pula bernama Abdullah, sepupu mertua perempuan saya.

Walaupun dalam keadaan yang agak tergesa itu, sempat juga kami bertanya sedikit mengenai silsilah keluarga. Makcik  Aisyah mengatakan ayahnya dari Siak. Sebelum ini, arwah ayah mertua pernah menyebut nama Langkat. Apakah mereka berasal dari Siak atau Langkat. Menurut cerita makcik Aisyah, Encik Hamid Bahar dan Hassan bin Hussin, pangkat sepupu.

Pertemuan itu tidak disangka-sangka. Mulanya hasrat kami hanya untuk bertanya di mana rumah pakcik Darman. Kebetulan Makcik Aisyah, orang tempat kami bertanya itu juga keluarga dekat.
Selepas bertamu sebentar, kami minta diri untuk mencari rumah pakcik Darmansyah Hasan. Sekadar singgah berhari raya , kebetulan masih suasana aidil fitri dan memberitahu, kami tidak lama di Tanjung Selor kerana lusa harus pulang ke Tawau . 



Fauziyah dan makcik Aisyah binti Hamid
H Abdullah

Encik Hamid bin Bahar
Mariam berasal dari Sandakan
Mutahar, Makcik Aisyah dan Fauziyah
Makcik Aisyah binti Hamid di Jalan Katamso, Tanjung Selor