Sepanjang jalan dari Barira ke Buldon, saya melihat pohonan kelapa yang tinggi, kebun jagung, pisang, dan sebagainya di kiri kanan jalan. Kawasan itu terkenal dengan tanaman pertanian. Dahulu kawasan itu, medan perang. Sukar membayangkan daerah yang begitu cantik adalah tempat pertempuran, tempat dimana peluru dan mesiu, tempat nyawa menjadi tidak berharga demi untuk perjuangan.
Jarak antara Barira ke Buldon hanyalah kira-kira 5.11 kilometer.
Buldon adalah sebuah municipality atay perbandaran seluas 429.40 kilometer persegi dengan penduduk kira-kira 39,684 orang (banci 2020).
Majoriti penduduk di Buldon adalah sukubangsa Iranun, sama seperti Parang, Matanog, Barira dan Sultan Mastura.
Ini adalah hari kedua kami di Mindanao. 28 Ogos. Delegasi seramai 68 dari Sabah yang menyertai lawatan sempena Forum On BIMP-EAGA in BARMM-Opportunities Towards Empowering Minority. Diketuai Special Envoy BIMP-EAGA Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, rombongan disambut dengan begitu meriah oleh masyarakat Iranun di Buldon.
pohon-pohon kelapa di Buldon
Mt Kamanaan
Buldon terkenal dengan hasil pertanian seperti kelapa
Mt Kamanaan dari dekat
Pohon nyiur yang melambai
Konvoi ke Buldon
Buldon terkenal dengan hasil pertanian