Jumaat, 29 September 2023

Sekadar gambar-gambar di Buldon

Tags



Memang sukar melupakan Buldon. Keramahan masyarakatnya. Keindahan tempatnya. Keunikan budayanya.Sambutan yang bukan alang kepalang dan sepenuh hati. Semua ini menjadikan Buldon mempunyai tempat yang istimewa di hati kami, anggota delegasi 68 orang dari Sabah yang mengadakan lawatan ke Parang, Matanog, Barira dan Buldon sebelum kembali ke Cotabato City.
Sebelum melangkah pergi, kami sempat merakamkan gambar kenangan sekadar untuk ingatan bahawa kami pernah berada di Buldon. Dalam catatan sebelum ini, saya menulis panjang lebar tentang kedudukan Buldon dalam sejarah perjuangan Bangsamoro di Mindanao. Rasanya tidak perlu diulang lagi. Sebab betapapun pahitnya duka, luka perjuangan bangsamoro yang sudah terlibat dalam banyak peristiwa berdarah, sudah pasti lebih terkesan lagi.
Tetapi sekarang nampak sekali Buldon berjaya menjadikan tempat yang dulunya medan pertempuran menjadi kawasan pertanian yang subur, dengan hasil tani seperti pisang, jagung, nenas,kopi, kelapa, kopra, abaca dan banyak lagi yang sudah pasti mampu mentransformasi kehidupan pendudukmya.
Hon Abolais A Manalao menyebut mengenai Buldon sebagai daerah perjuangan. Kalau bukan kerana peperangan dahulu, sudah pasti Buldon kini semakin maju.
Sebelum pulang, kekanda Datu Rosmin Haji Kassan mengajak kami bergambar. Saya memanggilnya abang sepupu kerana Ibu kepada Datu Rosmin ini masih saudara sesusuan dengan arwah ayah saya. 
Pemandangan di Buldon memang sangat menarik. Kelihatan Mt Kamanaan, salah satu puncak tertinggi di Buldon selatan. Saya ada bertanya Ustaz Montasir mengenai apa makna Kamanaan, beliau belum memberi jawapan yang pasti.
Catatan ini sekadarnya saja. Sekadar catatan iringan untuk gambar gambar yang disertakan.


Rombongan Bas No 9 bergambar kenangan dengan masyarakat di Buldon

Bersama Timbalan Presiden PISBA, Dato Rosmin Haji Kasan


Merakam gambar kenangan dengan masyarakat Iranun di Buldon
Haji Mohd Isha Jutor dan Hamdan Abdullah, Iranun dari Tungku


rombongan BIMP EAGA Sabah ke Buldon
Dijamu dengan makanan tradisi Iranun di Buldon

Iranun dari Sabah bersama Iranun dari Buldon  bergambar di Buldon

Rombongan dari Sabah yang menyertai delegasi BIMP EAGA ke Buldon


Sultan Rico Pelandoc, Ustaz Montasir Karim, saya  dan Engr Mohandis ketika berada di Buldon
Bersama Hassim Alamada di Buldon