Sungguh. Kami tidak menyangka akan diberikan sambutan sehebat itu.
Municipality Government of Parang, Maguindanao del Norte. Perjalanan sejauh 17.27 kilometer dari Cotabato City terasa pendek sebaik kami melihat Teluk Illana yang tenang. Kelihatan tak berombak tetapi dikatakan memiliki dasar yang dalam. Teluk yang menyimpan pelbagai sejarah itu masih menyisakan keindahan alam wilayah yang dijoloki sebagai Iranun Cooridor atau Koridor Iranun itu.
Welcomes
Hon. Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia
Special Envoy, BIMP-EAGA Sabah
&
Malaysian-Iranun Delegates
August 27,2023 I Polloc Freeport, Parang, MDN.
Setiap anggota rombongan dikalungkan selempang tanda penghormatan sebelum dipersilakan duduk di tempat yang disediakan. Mayor Parang, Hon Cahar P Ibay selaku tuan rumah, Dr Ibrahim Ibay, Director Marites Maguindra, Mayor Sultan Mastura, Zulficar Ali H Panda, Commanding Officer Lt Col John A Dela Cruz adalah antara kenamaan yang menunggu kedatangan kami.
Majlis dimulakan dengan bacaan kitab suci alQuran oleh Ustadz Numan Pimbayabaya. Ustadz Numan, qari yang pernah menjadi johan di peringkat antarabangsa , menyedut perhatian hadirin dengan bacaan dengan indah dan memukau
Parang terletak di lokasi paling strategik di BIMP-EAGA. Ia memiliki pelabuhan Polloc Freeport yang boleh dimanfaatkan oleh kapal-kapal dagang dari seluruh kawasan BIMP-EAGA. Rakyat Mindanao pasti mendapat limpahan ekonomi dan kemajuan jika pelabuhan itu dapat meningkatkan peranannya dalam aktiviti perdagangan di rantau ini.
Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Special Envoy BIMP-EAGA Sabah melihat potensi Parang sebagai pintu masuk perdagangan ke seluruh pulau Mindanao. Kedudukan dan peranannya amatlah penting sebagai katalis pembangunan rantau Mindanao.
"Ketika Singapura terkeluar dari Malaysia pada tahun 1965, republik itu tidak mempunyai banyak hasil. Tak punya apa-apa tetapi Singapura memiliki pelabuhan . Dengan memiliki pelabuhan itulah Singapura dan menjadi hub perdagangan di Asia," kata Pandikar merujuk Singapura sebagai bandingan dengan pelabuhan Polloc yang dimiliki Parang.
Dengan jumlah penduduk kira-kira 102,914 orang (banci 2020) dengan keluasan 850.78 kilometer persegi, Parang terletak di tepian Illana Bay. Bayangkan pada tahun 1903, Parang memiliki hanya 603 penduduk.
Jika bukan kerana perang perjuangan melawan penindasan dan ketidakadilan , sejak berdekad dekad lalu, sepatutnya status Parang bukan lagi sebuah sebuah perbandaran malah mungkin sudah menjadi kota metropolitan di Mindanao.
Pandikar menggesa agar masyarakat peniaga di Mindanao khususnya di kawasan BIMP-EAGA mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan di rantau ini dengan lebih giat. Beliau tidak mahu masyarakat terutamanya golongan minoriti terpinggir dari arus kemajuan.
Beliau juga memberitahu bahawa turut serta dalam delegasi BIMP-EAGA Sabah ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr Kassim Haji Mansur, Profesor Madya Dr Fiffy Hanisdah Saikim, Pengarah Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat UMS untuk menjalin kerjasama dalam bidang pendidikan di antara Sabah dan Mindanao. Beliau menggesa agar lebih ramai pelajar dari Mindanao mengambil peluang meneruskan pengajian diUMS.
Selain itu, sebagai salah satu usaha untuk menangani masalah makanan halal di Mindanao, beliau membawa pengurusan Bataras, sebuah syarikat hypermarket ternama di Sabah untuk meninjau peluang perniagaan di Mindanao.
Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia sedang menyampaikan ucapan di Parang
Beliau sangat teruja apabila diberitahu kawasan-kawasan yang dikunjungi adalah kawasan-kawasan Iranun iaitu Parang, Matanog, Barira dan Buldon.
Itulah sebab bila berasa amat gembira kerana pada akhirnya dapat bertemu dengan bangsa yang berbahasa Iranun, menyebut dirinya Iranun dan kekal dengan identiti budaya bangsanya.
Mayor Parang, Hon Cahar P Ibay menyatakan rasa penghargaan dan terima kasih atas kunjungan 68 anggota delegasi itu. Pihaknya rasa gembira atas kehadiran delegasi Iranun Malaysia itu.Sepanjang berada di sana kami dijamu dengan pelbagai juadah makanan tradisi Iranun Mindanao. Untuk hidangan tengahari, kami dihidangkan ketam, udang, dan beberapa jemis makanan tradisi yang lain. Luar biasa.
Kunjungan ke Parang itu memang mengesankan. Gerimis memang turun sekejap sekadar membasahi halaman dan tidak lama kemudian, sekumpulan penari Iranun dari Parang mempersembahkan tarian Singkil.
"Menarik juga ya, Ada persamaan sedikit dengan Magunatip. Tapi di Sabah, tarian etnik Murut," kata Laliman, peneliti budaya. Kalau di Sabah, tarian seperti ini ditarikan oleh suku Murut, di Mindanao, tarian ini jadi kebanggaan orang Iranun, Maranao dan Maguindanao.
Mungkin bagus juga untuk diteliti. Walaupun masing-masing tarian memiliki ciri-ciri khas dan tersendiri, tetapi keterkaitan itu wajar juga untuk dikaji.
Lawatan ke Parang itu, kota pertama yang dikunjungi dalam program BIMP-EAGA ini sebenarnya diisi bukan saja dengan agenda untuk membantu membangunkan masyarakat minoriti, menjadi satu medan pertemuan antara keluarga Iranun di Mindanao dan di Sabah. Bahkan di celah-celah kunjungan itu, serombongan keluarga Datu Pidat dari Malabang datang mencari Datu Mualasan Datu Alang dan rakan-rakan yang menjadi sebahagian anggota keluarga mereka dari Sabah.
Ya,Walaupun golongan sejarawan masih belum dapat memberi jawapan tuntas dan meyakinkan mengenai sejarah mana yang lebih dulu, Iranun Sabah atau Iranun yang ada di Mindanao, tetapi apa yang yang lebih penting ialah bagaimana komuniti masyarakat yang ada di Sabah dan Mindanao itu boleh saling bantu membantu memajukan rantau ini dalam rangka kerjasama BIMP-EAGA.
Mayor Parang, Hon Cahar P Ibay menyampaikan ucapan alu-aluan
Kuih tradisi Iranun dari Parang
Datu Maulasan Datu Alang, Datu Zainudin Keri bertemu keluarga yang datang dari Malabang setelah puluhan tahun terpisah
Delegasi Iranun Malaysia menyaksikan persembahan tarian Singkil
Delegasi dari Malaysia bergambar kenangan ketika berada di Parang
Bukan selalu...Hadirin mengambil kesempatan bergambar dengan Tan Sri Pandikar dan rombongan
Grup penari Parang bergambar untuk kenangan
Tarian singkil
Antara delegasi dari Iranun Malaysia
Menarik perhatian...Hadirin menyaksikan persembahan tarian Singkil
Antara pemandangan yang dilalui sepanjang perjalanan ke Parang