Rabu, 25 Oktober 2023

kenangan sewaktu menghadiri forum di Sharif Kabunsuan, Cotabato city

Tags


 




bersama kenalan lama    Atty Naguib Sinarimbo, kini salah seorang menteri

Qari Ustaz Numan Pembayabaya, juara antarabangsa



antara kenamaan
prof Datuk Dr Kasim Mansur, Naib Cancelor UMS

VVIP yang hadir dalam forum

Ketua Menteri  HajiAhod Ebrahim mwnyampaikan mesej untuk peserta forum
persembahan kebudayaanIiranun

Antara peserta yang hadir dalam forum Anjuran IPADC

bersama Engr Bahama Andar

bersama timbalan Datuk Bandar Davao Haji Latip Pamikiren Arumpac
bersama ex sec Atty Abdullah Dabs Mama-o
bersama Dr Ibrahim Ibay Timbalan Menteri MILG



Dr Datu Jamaludin Datu Moksan, ahli sejarah Iranun Sabah
Dr Datu Jamaluddin ketika menjawab soalan peserta

Kalau Lambat sedikit kita boleh terperangkap dalam kesesakan, kata Sultan Sa Patot yang mengiringi kami. Pagi itu kami ke Kompleks Kebudayaan Sharif Kabunsuan  untuk menghadiri forum yang amat penting. Forum mengenai BIMP EAGA dalam BARMM:peluang ke arah memperkasa komuniti minoriti.

Tidak kurang daripada Tan Sri Pandikar Amin sendiri yang memberi pencerahan mengenai peranan BIMP-EAGA, dan bagaimana masyarakat minoriti di wilayah Bcangsamoro boleh mengambil peluang untuk memperkasa suku bangsa mereka dalam pelbagai bidang, bidang ekonomi, pendidikan sosial budaya dan sebagainya.

Ketika memasuki dewan, saya terkejut melihat banyak tempat duduk sudah dipenuhi. Padahal rasanya kami datang awal. Rupanya ada yang datang lebih awal lagi. Saya sempat bersalaman dengan mereka. Ada di antaranya saya kenal sebagai tokoh-tokoh masyarakat Iranun  dari Parang, Matanog , Sultan Mastura, Barira, Buldon Dan Cotabato City. Bahkan saya teruja melihat kehadiran Haji Latip Pamikiran Arumpac, Timbalan Datuk Bandar Davao yang sanggup datang dari jauh untuk menghadiri forum itu.

Saya rasa kebanyakan hadirin teruja dengan kehadiran 68 orang rombongan BIMP-EAGA Dari Sabah, sebahagian besarnya Iranun yang berkunjung ke Mindanao untuk silaturrahim dan membuat lawatan balas selepas menerima kunjungan 28 orang Iranun Mindanao ketika Pertemuan Iranun Nusantara-ke4  diadakan di Minanga a Marampayan, Kota Belud Sabah pada 7-11 Diember 2022.

Kali ini Kumpulan 28 orang Iranun Filipina itulah  yang menjadi penganjur program itu. Kumpulan 28 orang Iranun-Filipina  yang diketuai oleh Engr Marites K. Maguindra, Pengarah MTIT, yang digelar Iron Lady, Sultan Atty Rico S Pelandoc, Naib Presiden Iranun Sultanate League of the Philippine ISLP , Sultan Ponpon U. Zaman, Timbalan Datuk Bandar Davao, Haji Latip Pamikirin Arumpac, ,Setiausah Agung ISLP, Sultan Kim Ampuan, dan peserta dari United Bangsa Iranun for Peace and Development (UBIPD)

Forum itu sangat menarik. Selepas Qari Ustaz Noman Pembayabaya memperdengarkan bacaannya disusuli oleh Sultan Saipon memperkenalkan setiap delegasi,  majlis perasmian dimulakan. Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan, Atty Naguib Sinarimbo,kebetulan iranun dari Pigcayawan, North Cotabato disusuli ucapan Abu Amri Taddiq, Menteri Perdagangan Pelaburan dan Pelancongan MTIT BARMM.

Paling menarik dan paling dinanti-nantikan ialah ucapan Tan Si Pandikar Amin sendiri, Special Envoy Sabah untuk BIMP EAGA yang dianggap sebagai paramount leader di kalangan Masyarakat Iranun dan paling  dihormati oleh Masyarakat Islam di Mindanao seperti yang diberitahu oleh beberapa tokoh di sana. Kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu dan dialu-alukan.

Dalam ucapan yang dilihat bersungguh-sungguh dan sepenuh hati, Tan Sri Pandikar mengeluarkan segala isi hatinya mengenai bagaimana Masyarakat Islam di Mindanao khususnya golongan minoriti dalam hal ini- Iranun boleh mengambil manfaat dalam Kerjasama dalam BIMP-EAGA.

Beliau menekankan bagaimana kerjasama dalam BIMP-EAGA khususnya dalam bidang perdagangan , pelaburan, industri makanan halal dan pendidikan mampu memberi manfaat kepada Masyarakat di wilayah  BARMM . Kemudian disusuli ucapan Ketua Menteri BARMM, Haji Ahod Ebrahim,

forum itu boleh dianggap berjaya. Sesi perasmian pada sebelah pagi. Pada sebelah petsangnya  beberapa pemakalah dibentangkan, antaranya olehTimbalan Menteri MTIT, Atty Sukarno Abas mengenai BIMP-EAGA dalam konteks BARMM.  

BoPembentangan makalah oleh Dr Datu Jamaluddin Moksan, juga dianggap menarik perhatian kerana membincangkan tajuk mengenai dari mana Iranun bermula-perspektif Sabah. Sebagai ahli Sejarah, beliau memiliki banyak maklumat dan pengetahuan. Cuma saja pembentangannya kurang persediaan dan pendekatannya perlu diperbaiki sedikit supaya fakta-faktanya dapat dihadam dan dicerna dan jika tidak diperhalusi , ia mungkin  terjatuh status kepada ebpawala saja.

Naib Cancelor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Hj Mansor dalam pembentangannya mempelawa pelajar-pelajar terbaik dari Mindanao meneruskan Pelajaran di UMS.

UMS, sebagai salah sebuah Universiti terbaik di Malaysia sedia menjalin kolaborasi  dengan  universiti di Mindanao,

Kerjasama itu melibatkan mobiliti pelajar, akademik dan penyelidikan dalam menghasilkan modal insan berkualiti sekaligus mampu memberi manfaat kepada Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

“ Peranan institusi pengajian tinggi adalah antara nadi yang mampu memangkin pertumbuhan sosioekonomi di rantau ini.

“Justeru, UMS sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini bertekad untuk menerajui pendidikan tinggi di rantau BIMP-EAGA.

“Ini kerana melalui pendidikan dilihat dapat memahami sosio-kebudayaan untuk kemapanan ekonomi serantau,” katanya.

UMS Yang memiliki 12 fakulti, 1 Akademi dan 1 pusat penataran ilmu, mempunyai sebanyak 139 program akademik. Ia juga mempunyai empat institut penyelidikan iaitu Institute of Tropical Biology and Conservation (ITBC), Borneo Institute for Indigenous Studies(BORIS), Borneo Marine Research Institute (BMRI),Biotechnology Reseaerch Institute(BRI).

Saya gembira dapat berjumpa  dengan Atty Naguib Sinarimbo yang saya kenali lebih 30 tahun lalu, kini beliau sudah jadi Menteri, juga dengan Atty Abdullah Mama-o, Secretary Department of Migrant Workers di bawah pemerintahan Duterte .

Program forum  itu walaupun singkat pasti meninggalkan kesan yang luar biasa di kalangan peserta.

 


This Is The Newest Post