Rabu, 25 Oktober 2023

kenangan sewaktu menghadiri forum di Sharif Kabunsuan, Cotabato city


 




bersama kenalan lama    Atty Naguib Sinarimbo, kini salah seorang menteri

Qari Ustaz Numan Pembayabaya, juara antarabangsa



antara kenamaan
prof Datuk Dr Kasim Mansur, Naib Cancelor UMS

VVIP yang hadir dalam forum

Ketua Menteri  HajiAhod Ebrahim mwnyampaikan mesej untuk peserta forum
persembahan kebudayaanIiranun

Antara peserta yang hadir dalam forum Anjuran IPADC

bersama Engr Bahama Andar

bersama timbalan Datuk Bandar Davao Haji Latip Pamikiren Arumpac
bersama ex sec Atty Abdullah Dabs Mama-o
bersama Dr Ibrahim Ibay Timbalan Menteri MILG



Dr Datu Jamaludin Datu Moksan, ahli sejarah Iranun Sabah
Dr Datu Jamaluddin ketika menjawab soalan peserta

Kalau Lambat sedikit kita boleh terperangkap dalam kesesakan, kata Sultan Sa Patot yang mengiringi kami. Pagi itu kami ke Kompleks Kebudayaan Sharif Kabunsuan  untuk menghadiri forum yang amat penting. Forum mengenai BIMP EAGA dalam BARMM:peluang ke arah memperkasa komuniti minoriti.

Tidak kurang daripada Tan Sri Pandikar Amin sendiri yang memberi pencerahan mengenai peranan BIMP-EAGA, dan bagaimana masyarakat minoriti di wilayah Bcangsamoro boleh mengambil peluang untuk memperkasa suku bangsa mereka dalam pelbagai bidang, bidang ekonomi, pendidikan sosial budaya dan sebagainya.

Ketika memasuki dewan, saya terkejut melihat banyak tempat duduk sudah dipenuhi. Padahal rasanya kami datang awal. Rupanya ada yang datang lebih awal lagi. Saya sempat bersalaman dengan mereka. Ada di antaranya saya kenal sebagai tokoh-tokoh masyarakat Iranun  dari Parang, Matanog , Sultan Mastura, Barira, Buldon Dan Cotabato City. Bahkan saya teruja melihat kehadiran Haji Latip Pamikiran Arumpac, Timbalan Datuk Bandar Davao yang sanggup datang dari jauh untuk menghadiri forum itu.

Saya rasa kebanyakan hadirin teruja dengan kehadiran 68 orang rombongan BIMP-EAGA Dari Sabah, sebahagian besarnya Iranun yang berkunjung ke Mindanao untuk silaturrahim dan membuat lawatan balas selepas menerima kunjungan 28 orang Iranun Mindanao ketika Pertemuan Iranun Nusantara-ke4  diadakan di Minanga a Marampayan, Kota Belud Sabah pada 7-11 Diember 2022.

Kali ini Kumpulan 28 orang Iranun Filipina itulah  yang menjadi penganjur program itu. Kumpulan 28 orang Iranun-Filipina  yang diketuai oleh Engr Marites K. Maguindra, Pengarah MTIT, yang digelar Iron Lady, Sultan Atty Rico S Pelandoc, Naib Presiden Iranun Sultanate League of the Philippine ISLP , Sultan Ponpon U. Zaman, Timbalan Datuk Bandar Davao, Haji Latip Pamikirin Arumpac, ,Setiausah Agung ISLP, Sultan Kim Ampuan, dan peserta dari United Bangsa Iranun for Peace and Development (UBIPD)

Forum itu sangat menarik. Selepas Qari Ustaz Noman Pembayabaya memperdengarkan bacaannya disusuli oleh Sultan Saipon memperkenalkan setiap delegasi,  majlis perasmian dimulakan. Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan, Atty Naguib Sinarimbo,kebetulan iranun dari Pigcayawan, North Cotabato disusuli ucapan Abu Amri Taddiq, Menteri Perdagangan Pelaburan dan Pelancongan MTIT BARMM.

Paling menarik dan paling dinanti-nantikan ialah ucapan Tan Si Pandikar Amin sendiri, Special Envoy Sabah untuk BIMP EAGA yang dianggap sebagai paramount leader di kalangan Masyarakat Iranun dan paling  dihormati oleh Masyarakat Islam di Mindanao seperti yang diberitahu oleh beberapa tokoh di sana. Kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu dan dialu-alukan.

Dalam ucapan yang dilihat bersungguh-sungguh dan sepenuh hati, Tan Sri Pandikar mengeluarkan segala isi hatinya mengenai bagaimana Masyarakat Islam di Mindanao khususnya golongan minoriti dalam hal ini- Iranun boleh mengambil manfaat dalam Kerjasama dalam BIMP-EAGA.

Beliau menekankan bagaimana kerjasama dalam BIMP-EAGA khususnya dalam bidang perdagangan , pelaburan, industri makanan halal dan pendidikan mampu memberi manfaat kepada Masyarakat di wilayah  BARMM . Kemudian disusuli ucapan Ketua Menteri BARMM, Haji Ahod Ebrahim,

forum itu boleh dianggap berjaya. Sesi perasmian pada sebelah pagi. Pada sebelah petsangnya  beberapa pemakalah dibentangkan, antaranya olehTimbalan Menteri MTIT, Atty Sukarno Abas mengenai BIMP-EAGA dalam konteks BARMM.  

BoPembentangan makalah oleh Dr Datu Jamaluddin Moksan, juga dianggap menarik perhatian kerana membincangkan tajuk mengenai dari mana Iranun bermula-perspektif Sabah. Sebagai ahli Sejarah, beliau memiliki banyak maklumat dan pengetahuan. Cuma saja pembentangannya kurang persediaan dan pendekatannya perlu diperbaiki sedikit supaya fakta-faktanya dapat dihadam dan dicerna dan jika tidak diperhalusi , ia mungkin  terjatuh status kepada ebpawala saja.

Naib Cancelor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Hj Mansor dalam pembentangannya mempelawa pelajar-pelajar terbaik dari Mindanao meneruskan Pelajaran di UMS.

UMS, sebagai salah sebuah Universiti terbaik di Malaysia sedia menjalin kolaborasi  dengan  universiti di Mindanao,

Kerjasama itu melibatkan mobiliti pelajar, akademik dan penyelidikan dalam menghasilkan modal insan berkualiti sekaligus mampu memberi manfaat kepada Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

“ Peranan institusi pengajian tinggi adalah antara nadi yang mampu memangkin pertumbuhan sosioekonomi di rantau ini.

“Justeru, UMS sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi di negeri ini bertekad untuk menerajui pendidikan tinggi di rantau BIMP-EAGA.

“Ini kerana melalui pendidikan dilihat dapat memahami sosio-kebudayaan untuk kemapanan ekonomi serantau,” katanya.

UMS Yang memiliki 12 fakulti, 1 Akademi dan 1 pusat penataran ilmu, mempunyai sebanyak 139 program akademik. Ia juga mempunyai empat institut penyelidikan iaitu Institute of Tropical Biology and Conservation (ITBC), Borneo Institute for Indigenous Studies(BORIS), Borneo Marine Research Institute (BMRI),Biotechnology Reseaerch Institute(BRI).

Saya gembira dapat berjumpa  dengan Atty Naguib Sinarimbo yang saya kenali lebih 30 tahun lalu, kini beliau sudah jadi Menteri, juga dengan Atty Abdullah Mama-o, Secretary Department of Migrant Workers di bawah pemerintahan Duterte .

Program forum  itu walaupun singkat pasti meninggalkan kesan yang luar biasa di kalangan peserta.

 


Jumaat, 13 Oktober 2023

Catatan Kupi kupi 4 Oktober di Putatan










Datuk Haji Jamdin Buyong berbaju hitam)mungkin satu-satunya peserta hari Sastera 1973 di kota kinabalu yang hadir dalam hari sastera yang diadakan kali kedua di Sabah pada 2023. Apa yang ada pada tahun 1973 itu tetapi tak ada pada tahun  2023? Saya sekadar bertanya kepadanya. Masa itu tokoh- tokoh sastera dan VIP hanya duduk di atas tikar di pantai tanjung aru.Antara yang hadir masa itu Tun Datu Mustapha, wakil Presiden Indonesia Tun Adam Malik, Menteri Luar Tan Sri Ghazali Shafie, Prof Ismail Hussein, Tun Sambathan,Datuk Mohd Asri Haji muda
Datuk Dzulkifli Abdul Hamid ,Abdullah Hussain Arena Wati, S othman Kelantan Anwar Ridhwan, Jins  shamsuddin, johari alias,dan ramai lagi tokoh sastera.

banyak lagi kisah hari sastera yang kami dengar ketika sesi kupi kupi di Putatan. Bertopi hitam ialah Datuk Haji Hussain Kassau,, kam meyapanya dengan nama bapak saja atau bung hussain, seorang tokoh sastera dan wartawan terkemuka dan Haji Hasyuda Abadi(tengah) Sasterawan Negeri sabah ketiga.
bung hussain tidak menyertai hari sastera 2023 kerana kurang maklumat mengeninya.ketika hari sastera 1973 itu, beliaubertugas sebagai  AJKPameran 10 tahun. sabah merdeka. yang turut dikunjungi muhammad Ali, peninju terkemuka dunia.Ada juga pameran lukisanyang diadakan di tapak ekspo berdekat an mahkamah. sekarang taman chong thian vun
kami turut menanam bunga di taman prince philip itu, kata datuk Jamdin ketika kami berempat minum di Restoran Sri keningau, di putatanminggu lalu 4 oktober. .sambutan peserta agak ramai kerAna selain ahli bahasa,TUrut hadir ialah ahli SANYA dan KGKS. selepas hari sastera itu, gapena mengadakan pertandingsn menulis novel GAPENA-Yayasan Sabah.
Masa itu siapa siapap saja penulis di sabah yang agak aktif. Antaranya A.B Amasuba, yang meulis novel Nafas Yang Hampir Putus. Sayudin Ali. Om ibrraAdl, Monosari. A.B. Amasuba atau nama sebensaarnnya Anwar Beda Nusantara berasal dari Indonesia dan bekerja sebagai pegawai konsulat indonesia Menurut Bung Hussain,banyak penulis bersal dari Indonesia turut terlibat dalam sastera di sabah.pada dekad itu
Demikan walaupun pertemuan agak singkat tapi banyk maklumat persejarahan sastera Sabah yang kami perolehi. selepas itu Datuk Jamdin menghadiahkan novel terbarunya dan artikelnya mengenai Sejarah Putatan. Kau suka menulis, katanya, mungkin boleh tulis sesuatu mengenainya,kata Datuk Jamdin

 . 


 

Rabu, 11 Oktober 2023

malam berakhir dengan cepat di cotabato city

 

Tidak seperti bandaraya lain, malam berakhir dengan cepat di Cotabato City. Kedai- kedai tutup seawal jam 8.00 malam. Bahkan ada yang lebih awal daripada itu. Cuma ada beberapa warung kecil berdekatan Cotabato Regional  and Medical Centre yang masih buka hingga jauh malam.

Saya mengajak sdr Laliman dan Awang Karim menyusuri Sinsuat Ave mencari apa yang boleh dibeli. Ketika melihat buah, kami  membeli magga , tapi tak ada pisau untuk mengupasnya. Dan tak ada pula kedai yang menjual pisau. Mujurlah kami dapat meminjam pisau  dari gerai tepi jalan.

Sampai di tempat baru begitu, apa saja yang dilihat unik  atau lain, tidak terlepas dari lensa hp. Ketika asyik menggambar sdr.Awang Karim yang asyik berposing di tricycle tiba-tiba pemiliknya minta bayaran.

Ah.. janganlah kamu begitu ba. Sama juga kita ini. Kami ini Iranun dari sabah. Hanya dengan kata yang demikian ,orang itu  berhenti mendesak.

Kami sempat ngopi d bo’ cafe di sebelah  hotel, tapi sekejap saja kerana ianya tutup jam 9 malam.

Ini kisah malam ketiga kami di Cota Bato City.  Malam  pertama kami tiba di Alnor Hotel, Sinsuat Ave, Cotabato City. Saya tidak sempat berjalan ke mana-mana kerana tertidur pulas. Terbangun kira-kira jam 2.30 pagi. Selepas mandi dan tukar pakaian, tidur lagi hingga ke pagi. Malam kedua hanya sempat minum duduk sebentar di bo’s  café di samping hotel.

Sebab khabarnya ada penjaja Iranun menjual kopi di sana saya sempat  mengajak cikgu Ismail dan amai Shukri yang baru balik dari sana untuk kembali ke sana lagi.

Memang tak sempat merayau -rayau atau istilah iranunnya teba’ teba di Cotabato City. Bahkan untuk  ke RobisonSupermarkat dan Mall Al Nor yang terletak berdekatan pun tak sempat dikunjungi sebab kami berangkat pagi dan sampai di hotel hari  sudah malam.

Bahkan ketika malam akhir di Cotabato City, tak sempat kemana-mana . Walaupun ada hasrat berjumpa Omar Juhuran, aktivis budaya dari Bongao Tawi-tawi yang kebetulan baru sampai di Cotabato namun tidaklah sempat kami berjumpa.

Kebetulan pada hari itu ada kekecohan ketika penamaan calon di Barangay Malingao Midsayap, salah satu daripada kampung di bandar Mdsayap yang terletak dalam The Special Geographic Area (SGA Bangsamoro Autonomous Region in Muslim Mindanao). SGA terdiri daripada 63 Barangay di Cotabato yang membuang undi semasa plebisit 2019 memihak kepada integrasi dengan wilayah autonomi Bangsamoro di wilayah muslim Mindanao. Walaupun Cotabato sendiri adalah sebahagian daripada wilayah SOCC KARGEN ( South Cotabato, Cotabato, sultan Kudarat, General Santos)

 

 

Kekecohan berlaku ketika seorag lelaki yang ingin mencalonkan diri jadi ketua barangay ditembak sebaik keluar dari kereta menggunakan pistol .45 caliber.penembak berjaya melarikan diri selepas serangan, magsa dikejarkan ke hospital berdekatan tetapi meninggal dalam perjalanan.

Khabar itu merebak dengan cepat di d media. Bhakan ada amaran dari pihak berkuasa agar penduduk berhati hati kerana ada khabar kelompok biff mungkin melakukann kekacauan. Apakah ada hubungan atau tidak , tidak dapat dipastikan kerana kebetulan line internet kurang bersahabat

 Tapi walaupun begitu a tidak menghalang  kami ke warung sekadar mencari kupikupi.cotabato city memng sedikit berbeza jika dibandingkan Pattani atau

arathiwatbudaya berbeza.suasana berbeza.sebenarya sama saja tak ada apapun.kebimbangan sebenarnya hanya berlegar dalam fikiran kita.persepsi saja Padahal suasana sebenar tidak seperti itu

kumusta ka bro? seseorang bertanyaapa dalam bahasa tagalog k

mabuti bsik baik saja.

ya baik baik baik saja


digerai buah bersama sdr Laliman

sempat meminjsm pisau dari pemilik gerai ini


Awang karim bergambar diengan tricycle yang popular di citabato city

roda ekonomi dicotabato city tetapp bergerak walauun masih tidak serancak bandaraya lain
jeep antara jenis pengangkutanantara kota di cotabato city


suasana di Sinsuat Ave


gambar bersama cikgu Ismail Sidik di cota bsato . kunjungan kedua ke kota ini selepaskira kira  13 tahun berlalu

Jumaat, 29 September 2023

#MapiyaBuldon dan sambutan meriah masyarakat Iranun Buldon yang tak dapat dilupakan

#MapiyaBuldon, tagline Buldon, sebuah Municipality atau Perbandaran di Maguindanao del Norte, yang kami kunjungi pada hari kedua berada di Mindanao. Terletak kira-kira 35.28 kilometer dari Cotabato City, Buldon yang terletak pada ketinggian 408 meter dari permukaan laut, adalah satu daerah yang indah seluas 392.61 kilometer berpenduduk seramai 39,684 orang (banci 2020), majoritinya dari sukubangsa Iranun.

Ketibaan kami disambut dengan begitu ramah dan sukacita. Beberapa penari mempersembahkan tarian tradisi Iranun yang kemudian disusuli dengan persembahan kulintangan. Ada juga persembahan Kalalakaw sa Darangen. Pemuda pula memperlihatkan persembahan permainan sipa sa lama-lama.

Di atas meja terhidang pelbagai kuih tradisi seperti kuih dodol, amik dan tiadtag. Juga ada tapai, pais a kamais dan juga buah-buahan.

Municipality of Buldon dipimpin Mayor Hon Pahmia A.Manalao-Masurong, seorang wanita. Beliau menang pilihan raya tahun 2022 dengan undi sebanyak 13,966 undi. Manakala vice Mayor dimenangi oleh abangnya, Hon. Abolais A.Manalao yang menang dengan undi 13,896 undi. Kedua-duanya dari Nasionalista Party.

Sebelum ini, Datu  Abolais A Manalao, cucu kepada bekas Vice Mayor Datu Manalao Karim Aratuc terpilih sebagai Mayor Buldon pada 1998, menggantikan bapanya, Datu Macarampat P Manalao. Beliau terpilih sekali lagi sebagai Mayor pada Mei 2001. Pada tahun 2004, ketika pilihanraya diadakan secara serentak di seluruh Filipina, Abolais terpilih sekali sebagai Mayor hingga penggalnya berakhir pada tahun 2007.

Bagaimanapun, dalam pilihanraya pada  2007, Bae Ya Panonoroganan Ruth “Tata” Aratuc Pembabaya-Tomawis, dan juga salah seorang cucu Perempuan bekas wakil rakyat, Hadji Bangon Ulod Aratuc, dan isteri kepada mantan Mayor Barira, Alexander Dagalangit Tomawis terpilih sebagai Mayor dan terpilih sekali lagi pada 2010. Dalam pilihanraya 2013, Sultan Abolais Aratuc Manalao dan Sultan Atty Cairoden Pandatan Pangunotan terpilih sebagai Mayor dan Vice Mayor dan sekali lagi terpilih pada pilihanraya 2016.

Inged a Buldon juga  terkenal sebagai medan perjuangan Bangsamoro. Terdapat banyak peristiwa berdarah yang tercatat dalam sejarah penentangan Bangsamoro, antaranya ialah pada Ogos 1971  dan kemudian yang paling besar ialah Battle of Buldon selama 10 hari di Barangay Kabayuan dan Garigayan  atau dikenal juga Battle of Reina Regente pada 16 hingga 25 Januari 1997.

Tetapi peristiwa pahit itu tidak perlu diulang lagi. Sekarang, Buldon mulai menikmati rasa aman .

Datu Abolais berkata, kalau  bukan kerana perang dan perjuangan, Buldon dan Kawasan sekitarnya   dalam kawasan` Iranun Country’  mungkin mampu menjadi sebuah Kawasan metropolis kerana  Kawasan itu adalah antara paling awal bersentuhan dengan kemajuan di Mindanao.

Dalam ucapannya, beliau menyarankan-setengah serius, setengah bergurau- akan perlunya meningkatkan perhubungan antara Iranun di Sabah dan di Mindanao melalui hubungan perkahwinan.

Tan Sri Pandikar dalam ucapannya menyambut baik saranan itu, sambil menyatakan ramai yang sedia untuk menetap di Buldon dan di kalangan anggota delegasi ramai yang masih bujang.

Suasana menjadi cair dan ceria. Tan Sri Pandikar menceritakan bagaimana beliau amat tertarik untuk berkunjung ke `inged a Iranun’ dan beliau menyatakan beliau sendiri adalah Iranun tulin.

Namun Tan Sri Pandikar berpegang kepada teori bahawa Iranun memang berasal dari Borneo.. Dalam sejarah Filipina, terdapat kisah mengenai kedatangan 10 datu dari Borneo. Beliau juga menyatakan beberapa kisah dalam darangen, kisah raja inderapatra,, yang banyak jejaknya di Borneo.

Selain itu, beliau mengisahkan juga mengenai persamaan dan perbezaan antara Iranun di Sabah dan di Mindanao.

Tetapi sesuai dengan tagline #OneIranun, sesungguhnya semua orang Iranun itu `peraranuna’ dan bersaudara.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Congresswoman, Bai Dimple Mastura, Director PNP Maguindanao del Norte, Col Sultan  Salman S Sapal, Mayor Barira, Hon Abdulraof D Tomawis, Mayor Sultan Mastura, Hon Zulficar Ali H Panda, Vice Cancelor UMS, Prof Datuk Dr Kassim Mansor, Prof Madya Dr Fiffy Hanisdah Saikim dan kenamaan lain.

Hon Datu Abolais A Manalao, salah seorang tokoh Iranun Buldon





Sultan Rico Pelandoc, Naib Presiden Iranun Sultan League of Philippines sedang berucap
Special Envoy BIMP-EAGA Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia sedang menyampaikan ucapan

Congresswoman, Bai Dimple Mastura menyampaikan cenderakenangan kepada Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia sambil disaksikan Mayor Buldon Hon Pahmia A Manalao 
 Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kassim Mansur menerima cenderamata dari Mayor Buldon sambil disaksikan oleh Congreswoman Bai Dimple Mastura dan Prof Madya Dr Fiffy Hanisdah Saikim

Wakil delegasi, Marawan Yassin menerima cenderamata dari Hon Abolais A Manalao, Vice Mayor Buldon sambil disaksikan oleh Congreswoman Bai Dimple Mastura dan Hon Pahmia


Tan Sri Pandikar Amin, Hon Pahmia , Congrewoman Bai Dimple Mastura dan kenamaan lain bergambar kenangan
 

Sipa sa lama, persembahan tarian dan betapa indahnya Buldon


Antara persembahan yang  menarik di Buldon ialah Sipa sa Lama.  Kami diberitahu ia salah satu permainan yang popular di kalangan masyarakat Iranun, dan popular juga di kalangan orang Maranao dan Maguindanao, yang pada hakikatnya mempunyai nenek moyang dan tradisi yang sama.

 

Sekumpulan pemain, biasanya empat hingga ke enam orang, bermain sepak dalam bulatan. Setiap pemain bergilir-gilir menyepak bola untuk memastikan ia berada di udara selama mungkin dan tidak terjatuh ke tanah.  Permainan itu memperlihatkan ketangkasan seseorang pemain. Mereka memakai pakaian tradisi Iranun yang berwarna warni, kaki mereka dilengkapi dengan dalapi atau pelindung tulang agar mereka menyepak bola takraw dengan lebih lama.

 

Setiap orang memegang selempang atau disebut khandat, yang mereka sebat setiap kali mereka dapat menyepak bola, Setiap ahli pasukan cuba menahan bola takraw daripada jatuh ke tanah . Ia menajdi satu tontotan yang menarik.

 

Permainan Sipa sa Lama ini mempunyai persamaan dengan permainan sepak raga bulatan, permainan tradisi Masyarakat Melayu. Cuma dalam sepak raga bulatan, pemainnya tidak terhad dan mereka bermain dalam satu bulatan besar. Sepak raga bulatan juga amat menarik kerana pemainnya menunjukkan kehandalan menimbang bola, menanduk, melibas serta mengawal bola dihujung kaki. Ia boleh dimainkan secara individu, berkumpulan atau berpasukan dengan menggunakan semua anggita badan kecuali tangan atau lengan. Setiap

 

Selain Sipa Sa lama, di Buldon dan kawasan Iranun yang lain juga terkenal dengan Sipa sa manggis. Ustaz Montasir Karim memberitahu Sipa Sa manggis adalah satu permainan yang popular di kalangan Masyarakat Iranun. Ustaz Montasir  masih pupu dua kali dengan Mayor Honourable Pahmia dan Abolais memberitahu `sipa’ maksudnya sepak manaka manggis bermaksud sweet victory atau kemenangan manis. Lama  pula bermaksud halaman. Sipa sa Manggis adalah salah satu sukan Bangsamoro yang melambangkan kemasyhuran, kuasa, kehormatan dan kebanggaan. Permainan ini dimainkan dengan menendang bola kecil dibuat daripada rotan ke atas hingga terkena manggis yang digantung setinggi kira-kira 10 meter. Setiap kotak manggis biasanya mengandungi ganjaran berupa wang tunai dan sebagainya.

 

Sayang sekali ia tidak sempat dipertontonkan dalam kunjungan kami ke Buldon itu. Waktunya amat terbatas. Memang terdapat keperluan untuk mempromosi dan memperkenalkan sukan rakyat ini memandangkan permainan ini tidak lagi mampu dimainkan oleh generasi kini.

 

Sementara itu, selain persembahan kulintangan Buldon,  tarian tradisi seperti kap malong-malong, saya kurang pasti nama tarian itu, kerana terpesona dengan gerak tarinya, juga dipersembahkan persembahan kalalakaw sa darangen. Darangen adalah epic Iranun yang banyak mengisahkan mengenai bantugen dan lain-lain.

 

Dengan hidangan makanan tradisi, saya sempat menikmati dodol, pais a kamais (pais jagung), tapai, turut dihidangkan juga tiadtag dan amik atau penjaram. Orang Maguindanao menyebutnya penyalam, tapi Iranun menyebutnya dengan nama Amik.

 

Persamaan tradisi, pelbagai ragam budaya, permainan rakyat menunjukkan bahawa Iranun, pada mulanya hanya terdapat satu Iranun. Salah satu hastag di Buldon ialah #OneIranun. Ada persamaan dari segi kulinari, makanan, permainan dan sebagainya. Benar bahawa terdapat perbezaan juga, tetapi ia kerana pengaruh setempat. Apatah lagi Iranun di Mindanao dan Iranun di Borneo terpisah atas factor geografi, juga faktor sosiopolitik sejak beratus ratus tahun dahulu sebelum terbentuknya sempadan politik negara Malaysia dan Filipina.

 

Kesimpulan yang boleh diperolehi ialah bahawa Iranun itu bersaudara. #OneIranun. Lambaian pohon kelapa dan pemandangan yang dilatari oleh Bukit Kamanaan di Buldon menunjukkan keindahan negeri itu, yang jika pintunya terbuka, ia mampu menjadi permata yang bersinar di kawasan BIMP-EAGA.


Sipa sa Lama di Buldon









Persembahan tarian Iranun dari Buldon

Penari dari Buldon



Antara penari yang mempersembahkan tarian tradusi Iranun

Tapai dan pais a kamais


Amik dari Buldon
Tiadtag, kuih tradisi Iranun

Dodol, kuih kebanggaan masyarakat Iranun di Mindanao

Sekadar gambar-gambar di Buldon



Memang sukar melupakan Buldon. Keramahan masyarakatnya. Keindahan tempatnya. Keunikan budayanya.Sambutan yang bukan alang kepalang dan sepenuh hati. Semua ini menjadikan Buldon mempunyai tempat yang istimewa di hati kami, anggota delegasi 68 orang dari Sabah yang mengadakan lawatan ke Parang, Matanog, Barira dan Buldon sebelum kembali ke Cotabato City.
Sebelum melangkah pergi, kami sempat merakamkan gambar kenangan sekadar untuk ingatan bahawa kami pernah berada di Buldon. Dalam catatan sebelum ini, saya menulis panjang lebar tentang kedudukan Buldon dalam sejarah perjuangan Bangsamoro di Mindanao. Rasanya tidak perlu diulang lagi. Sebab betapapun pahitnya duka, luka perjuangan bangsamoro yang sudah terlibat dalam banyak peristiwa berdarah, sudah pasti lebih terkesan lagi.
Tetapi sekarang nampak sekali Buldon berjaya menjadikan tempat yang dulunya medan pertempuran menjadi kawasan pertanian yang subur, dengan hasil tani seperti pisang, jagung, nenas,kopi, kelapa, kopra, abaca dan banyak lagi yang sudah pasti mampu mentransformasi kehidupan pendudukmya.
Hon Abolais A Manalao menyebut mengenai Buldon sebagai daerah perjuangan. Kalau bukan kerana peperangan dahulu, sudah pasti Buldon kini semakin maju.
Sebelum pulang, kekanda Datu Rosmin Haji Kassan mengajak kami bergambar. Saya memanggilnya abang sepupu kerana Ibu kepada Datu Rosmin ini masih saudara sesusuan dengan arwah ayah saya. 
Pemandangan di Buldon memang sangat menarik. Kelihatan Mt Kamanaan, salah satu puncak tertinggi di Buldon selatan. Saya ada bertanya Ustaz Montasir mengenai apa makna Kamanaan, beliau belum memberi jawapan yang pasti.
Catatan ini sekadarnya saja. Sekadar catatan iringan untuk gambar gambar yang disertakan.


Rombongan Bas No 9 bergambar kenangan dengan masyarakat di Buldon

Bersama Timbalan Presiden PISBA, Dato Rosmin Haji Kasan


Merakam gambar kenangan dengan masyarakat Iranun di Buldon
Haji Mohd Isha Jutor dan Hamdan Abdullah, Iranun dari Tungku


rombongan BIMP EAGA Sabah ke Buldon
Dijamu dengan makanan tradisi Iranun di Buldon

Iranun dari Sabah bersama Iranun dari Buldon  bergambar di Buldon

Rombongan dari Sabah yang menyertai delegasi BIMP EAGA ke Buldon


Sultan Rico Pelandoc, Ustaz Montasir Karim, saya  dan Engr Mohandis ketika berada di Buldon
Bersama Hassim Alamada di Buldon