Konvoi ke Buldon
Buldon terkenal dengan hasil pertanian
Ingin Berkisah Dengan Cara Sendiri
KALAU ada tempat yang sentiasa menggamit untuk
dikunjungi di Maguindanao, ia tentulah Barira. Ada apa di Barira?
Barira adalah sebuah municipality Iranun di
Maguindanao del Norte. Jangan silap. Benar bahawa istilah municipality merujuk
kepada perbandaran tetapi tidak nampak bandar besar di Barira. Tempat itu
sangat bersejarah. Terletak di sempadan Maguindanao, Lanao del Sur dan North
Cotabato, Barira pernah menjadi kubu pertahanan terkuat dan terbesar Bangsamoro.
Di situlah terletaknya Kem Abubakar Al Siddique, kem penempatan MILF yang
terbesar sejak 1980, terletak di kawasan seluas kira-kira 40 km persegi,
mempunyai masjid, madrasah, Kawasan perumahan dan perdagangan , mempunyai
system tenaga solar sendiri, dan pelbagai kemudahan lain dan sehingga ia ditawan dalam satu serangan
besar-besaran oleh tentera Filipina pada tahun 2000. Tempat yang menyimpan Sejarah perjuangan Bangsamoro
kini kembali aman selepas Kerajaan menandatangani perjanjian Framework Agreement on the Bangsamoro (FAB)
pada 2012 dan seterusnya Comprehensive Agreement on the Bangsamoro (CAB) pada
2014. Kini Barira termasuk dalam wilayah pentadbiran BARMM (Bangsamoro
Autonomous Region of Muslim Mindanao).
Selepas itu, Kem Abubakar Al Siddique diberi nama Kem
Iranun dan kini menjadi pengkalan tentera Filipina.
Jangan ditanya berapa mujahidin yang gugur di Barira. Luka
dan pahit perjuangan itu masih tersimpan kukuh di dada pejuang dan Masyarakat
di Barira.
Sekarang Barira adalah sebuah daerah yang kaya dengan
hasil pertanian seperti kelapa,, pisang, nenas, jagung, mangga, tanaman kopi, dan terkenal
pula dengan hasil kraftangan penduduknya berpotensi untuk menjadi sebuah daerah
yang maju dan membangun jika keamanan dan keharmonian terus dikecapi.
Barira terletak kira-kira 30.18 kilometer ke arah
barat laut Cotabato City. Selepas menempuh perjalanan selama kira-kira satu jam
setengah, delegasi 68 orang anggota rombongan dari BIMP-EAGA Sabah tiba di Barira , disambut dengan penuh
sukacita oleh Masyarakat Barira yang kebetulan sedang menyambut ulangtahun ke
46 Municipality Barira.
Kelihatan banyak bendera sambulayang, dan hiasan
pandara untuk menyambut kami.
Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Special Envoy BIMP-EAGA
Sabah agak teruja dengan sambutan yang diberikan itu.
Beliau bertanya apa makna Barira dalam Bahasa Iranun?
Apakah ia istilah untuk alat tenunan Iranun atau sejenis ikan yang dinamakan Barira.
Barira lebih merujuk
kepada sejenis peralatan dalam alat
tenunan berbentuk pipih dan Panjang
untuk memastikan benang lebih padat dan kemas. Tempat itu terkenal sebagai
sebuah daerah pengeluar produk tenunan Iranun yang terkenal .
Beliau juga memuji Mayor Barira, Hon. Abdulraof DTomawis kerana dalam usia mudanya sudah
terpilih sebagai Mayor. Beliau membandingkan dirinya yang terpilih sebagai wakil
rakyat dalam usia 27 tahun. Abdulraof terpilih sebagai mayor dan usia yang jauh
lebih muda 23 tahun. Ini sudah tentu berkat sokongan dan dukungan rakyat dan keluarga
besarnya di Barira.
Dalam ucapannya yang menarik hati, Pandikar
menceritakan bagaimana seharusnya Masyarakat di Barira dan Maguindanao del
Norte khususnya mengambil peranan aktif dalam kerangka BIMP-EAGA untuk
memajukan masyarakatnya yang masih ketinggalan. Barira mempunyai penduduk
seramai 36,143 orang (banci 2020) dengan keluasan 392.61 kilometer persegi dan
memiliki 14 Barangay atau kampung.
Beliau memberitahu, pemimpin dan Masyarakat di
Maguindanao del Norte perlu mengambil peluang yang ditawarkan. Mereka yang
ingin meneruskan pengajian, boleh memohon untuk memasuki Universiti Malaysia
Sabah (UMS) dan Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kassim Haji Mansur turut serta
dalam rombongan. Begitu juga jika ada Masyarakat peniaga yang mahu menjalin Kerjasama dalam bidang makanan
halal, pihak pengurusan BATARAS ikut serta untuk melihat Kerjasama yang boleh dibina.
Dalam ucapannya yang bersemangat dan sepenuh hati,
beliau menasihatkan pemimpin Barira untuk terus berjuang mengangkat martabat
bangsanya.
Kalau dipilih jadi pemimpin, jadilah pemimpin yang
sebenar, katanya. Jika tak mampu jadi pemimpin, jadilah pengikut. Kalau ada
kuasa, gunakan kuasa itu sebaiknya untuk Masyarakat, sebab jika ada kuasa
tetapi tidak menggunakan kuasa, ia sama seperti memperbodoh diri sendiri.
Ucapannya yang diselang seli dalam Bahasa Iranun menarik
perhatian Masyarakat yang hadir. Kadang serius , kadang diselangi dengan jenaka
dan gurauan, beliau bahkan digelar seorang pemidato yang `mamori’, iaitu ucapan
yang serius diselangi dengan jenaka sehingga ucapan itu tidak mungkin dilupakan
Masyarakat di Barira.
Walaupun ucapannya sedikit terganggu kerana masalah PA
system, tetapi tidak ada seorangpun yang berganjak untuk mendengar ucapannya. Dalam
majlis di Barira itu, King of Moro Song, Datu Khomeini Camsa Bansuan turut
mempersembahkan beberapa buah lagi untuk hadirin. Sebelum itu, hadirin juga dihiburkan dalam persembahan tarian Iranun di Barira.
Selepas jamuan makan , kami sempat singgah melihat
Kawasan air terjun Bubuludtua Falls di Barangay Nabalawag di Barira.
Di tangan Raitan
Kasa, pukulan gendang menjadi sesuatu yang mengasyikkan, menarik dan dramatik.
Setiap majlis gkulintang, kehadiran Raitan dan rakan-rakannya sentiasa
ditunggu-tunggu. Jika bertemu pasangan yang tepat, Raitan boleh memainkan tangannya di udara sebelum memalu
gendang dengan irama yang cepat dan biarpun tanpa berpandangan sesama sendiri,
mampu menghentikan paluan gendang secara serentak. Sungguh luar biasa. Permainan kulintangan menjadi meriah, dan sentiasa dimainkan pada majlis-majlis keramaian sukubangsa Iranun.
Selain dua pemukul
gendang, dua pemalu gong, dua pemalu bebendir dan seorang pemain kulintangan
yang mahir, Kumpulan kebudayaan Iranun Sabah yang didatangkan khas ke Cotabato
City, Mindanao memiliki kelebihan yang tersendiri.
Meskipun Raitan
tidak dapat bermain secara maksima, mungkin kerana diserang sakit pening, dan
muntah, tetapi beliau masih dapat beraksi. Mungkin kerana tidak biasa berjalan jauh ataupun mungkin kerana perut kosong, beliau rasa mual dan pening.
Sejak penerbangan
dari Manila ke General Santos City, beliau beberapa kali diserang pening.
Keesokan harinya beliau sempat ikut rombongan ke Parang dan Matanog, dan
sekembalinya dari sana, sakitnya kambuh lagi dan sempat dibawa ke hospital
swasta pada malam itu. Terima kasih kepada Sdr Zaiddani, Syamil dan tuan Marawan yang membawa ke hospital dan juga ramai yang terlibat membantu yang tak sempat dicatat nama mereka satu persatu.
Di zaman
remajanya, Raitan bersama Bur memang terkenal sebagai pagagandang di Kampung
Tamau. Selain mereka juga ada juga nama-nama seperti Manap, Sulaiman dan
beberapa lagi yang terkenal. Setiap kali ada majlis kulintangan, pasti meriah
dengan kehadiran mereka.
Selain terkenal
sebagai `pagagandang’ Raitan juga terkenal sebagai penunggang kuda dengan kuda
bernama Tinai’ yang selalu menang jika ada pertandingan sukan lumba kuda pada tamu
mingguan yang diadakan di padian Lalan A Kuda sekitar awal 80-an. Padian itu
menjadi terkenal bukan saja kerana sukan lumba kuda tetapi menghidupkan peluang
niaga bagi penjaja-penjaja kecil di sekitar Pintasan.
Namun Raitan lebih
terkenal sebagai tukang gendang terbaik. Video persembahannya boleh dilihat di
youtube.
Malang sekali,
hasratnya untuk memberikan persembahan terbaik tidak kesampaian kerana didera
rasa pening berkepanjangan. Mujurlah, dengan sisa kudratnya boleh dapat membuat
persembahan pada malam akhir di Cotabato City.
Hon. Zohria S.Bansil-Guro sudah lama
menunggu dengan jawapan itu. Mayor Matanog itu bercerita bahawa kira-kira 10 tahun
lalu, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia pernah datang ke Cotabato dan bertanya kalau
benar di sini ada orang Iranun, cuba jawab pertanyaan ini. Apa istilah `by the
way’ dalam Bahasa Iranun?.
Sekarang pucuk dicita ulam
mendatang, orang yang bertanya soalan itu Bersama rombongannya berkunjung ke
Matanog,yang terletak kira-kira 27.27 kilometer dari Cotabato City atau
kira-kira 10.16 kilometer dari Parang.
“Ini jawapannya. By the way dalam Bahasa
Iranun ialah Saribang Laun”. Hadirin bertepuk. Tepat sekali. Jawapan itu amat
siginifikan dengan pemilihan Matanog sebagai salah satu Municipality yang perlu
dikunjungi kerana majoriti daripada 36,034 penduduk terdiri daripada orang
Iranun.
Matanog adalah salah satu daripada
lima kawasan perbandaran atau municipalty yang memiliki majoriti Iranun di
Maguindanao del Norte. Selain Matanog, perbandaran lranun yang lain ialah Parang,
Barira, Buldon dan Sultan Mastura.
Kami diraikan di rumah rehat Mayor
Matanog yang cantik. Dari tempatnya itu, kelihatan madrasah tahfiz dan jalan
menuju ke Lanao del Sur. Di kejauhan Gunung Bitan cepat mengingatkan kita
gunung Kinabalu. Ada tasik yang menurut cerita banyak ikannya.
Selain persembahan kulintangan yang
dipersembahkan untuk menyambut kami, terdapat juga tarian tradisi Iranun oleh
anak-anak dari Matanog dari kumpulan Matanog Iranun Piparasan. Delegasi Iranun dari Sabah juga sempat menunjukkan kebolehan
bermain kulintangan, dan paling menarik, Hon. Zohria sendiri memiliki bakat
seni dengan kemahiran bermain kulintangan.
Hon Zohria bukan saja seorang Mayor
yang vokal dalam menyuarakan nasib komuniti yang diwakilinya, tetapi beliau
juga seorang mayor yang bijak.
Tan Sri Pandikar dalam ucapannya
berpesan agar `pakatanog tanog anyu su suara’ supaya perjuangan mereka untuk
rakyat mereka lebih di dengar. Matanog sendiri membawa erti iaitu suara yang nyaring,,
besar, lantang dan sebagainya.
Turut berucap berkongsi
pengalamannya ialah Ex Secretary Abdullah Mamao, orang kuat pemerintahan
Duterte. Dalam ucapannya beliau memberi perspektif mengenai Sejarah dan mengajak
rakyat terus berusaha memperjuangkan kemajuan Pembangunan di kawasan BIMP EAGA.
Antara kenamaan yang hadir dalam
lawatan itu ialah Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kassim Haji Mansor, Prof
Madya Dr Fiffy Hanisdah Saikim, Sultan Rico Pelandoc, Kordinator delegasi
Iranun Sabah, Marawan Haji Yassin dan beberapa kenamaan lain. Turut hadir, Puan
Seri Diana Deigo dan seramai 68 anggota delegasi dari BIMP Eaga Sabah.
Seperti namanya `Matanog’ atau
nyaring, Matanog masih Matanog walaupun ia sudah lama kami tinggalkan untuk destinasi
selanjutnya.
Kelihatan Mt Bitan dari Matanog
Special Envoy BIMP Eaga Sabah, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dan isterinya, Puan Sri Diana Deigo
Iskandar Zulkarnain (berdiri) bersama Dayang Sari (bertudung Merah) pegawai UMS bergambar bersama Mayor Matanog.
Datu Khomeni Camsa Bansuan (King of Moro Song), Laliman Haji Ahmad dan Ustaz Musli Main
Penulis bersama Hashim Alamada (cotabato City)
Bersama Ustaz Muntasir Karim
Grup 28 Iranun Nusantara tenaga penting menjayakan program ke empat perbandaran Iranun di Maguindanao del Norte
Sebahagian lagi hadirin. Kelihatan Datu Khomeini dan Tuan Marawan Haji Yassin
Kuih tradisi Iranun yang dihidangkan di Matanog Maguindanao del Norte